Resepi Ayam Masak Bali | Ini dia Cara Buat yang Betul!

Apa yang ada dalam fikiran anda apabila mendengar perkataan Bali?

mestilah berbeza setiap orang tetapi yang ada dalam fikiran saya adalah sebuah pulau yang ada di Negeri Jiran kita, Indonesia yang mempunyai banyak tarikan pelancongan. tempat pelancongan yang popular di bali diantaranya The Keranjang Bali, Bukit Campuhan, Garuda Wisnu Kencana (GWK), dan masih banyak lagi.

selain, tempat pelancongan ternyata ada menu masakan yang sangat popular iaitu resepi ayam masak bali. bahkan, resepi ini pernah menjadi viral di facebook.

Resepi Ayam Masak Bali Original

apabila anda pernah makan ayam masak bali sekurang-kurangnya sekali pasti anda setuju dengan saya iaitu rasanya sangat sangat sedap. untuk menyediakanya pun tak butuh masa yang lama dan bahan-bahanya pun mudah didapati di negara kita.

tetapi, apabila anda Muslim wajib anda tahu tak semua masakan bali boleh kita makan kerana ada beberapa masakan yang menggunakan darah ayam sebagai bahan utamanya. tidak hairan sebab majoriti orang bali adalah agama Hindu.

apa yang membuat ayam masak bali sangat sedap?

ternyata yang membuatnya sangat sedap adalah kerana ianya letak jumlah serai yang banyak dan ditambah dengan daun kari semasa menumis. serai apabila ditumis memang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan menambah rasa dalam masakan.

resepi ayam masak bali

Resepi Ayam Masak Bali Original

Soohmi Fajria
ayam masak bali merupakan masakan dengan banyak bahan rempah dan biasanya masakan ini dihidangkan pada acara-acara kenduri, paling sedap apabila dimakan bersama nasi putih atau lemang. resepi ini sangat sesuai untuk anda apabila bosan dengan masakan ayam yang itu itu sahaja.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 6 orang
Calories 131 kcal

Ingredients
  

  • 1 ekor ayam
  • 20 biji cili kering
  • 10 biji cili padi
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 buah tomato
  • 2 cm kunyit
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai diketuk
  • 3 biji daun limau nipis
  • 2 biji daun bay
  • 8-10 sudu minyak untuk menumis
  • 1/2 buah limau nipis diperah airnya
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 5 biji buah keras
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 kotak kecil pes udang
  • air secukupnya untuk merebus ayam
  • kicap manis optional
  • ajinomoto/ perisa makanan optional

Instructions
 

  • mula-mula rebus air kemudian masukkan sedikit garam, selepas itu masukkan ayam dan rebus ayam hingga masak. dalam merebus ini boleh mengurangkan minyak dalam ayam sehingga lebih sihat dan mempercepat proses memasak ayam.
    resepi ayam masak bali
  • seterusnya, bakar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit, pes udang, dan buah keras di bakar terlebih dahulu diatas api sekejap saja dan jangan sampai terbakar. proses ini supaya minyak dalam bahan tersebut keluar dan sangat beraroma semasa dikisar nanti.
  • kemudian mula kisar dari ketumbar seterusnya buah keras, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, cili padi, cili kering, dan tomato. anda juga boleh guna mesin pengisar supaya lebih mudah dan hasilnya lebih halus.
    resepi ayam masak bali
  • panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar tadi hingga harum.
  • apabila sudah harum masukkan serai yang sudah diketuk, daun bay, daun limau nipis, air perahan limau nipis kemudian kacau sekejap. masukkan garam, gula, lada sulah, ajinomoto, seterusnya tuangkan air secukupnya.
    resepi ayam masak bali
  • last step, masukkan ayam yang sudah direbus tadi kemudian masukkan juga kicap manis dan masak hingga semua bahan meresap kedalam ayam. apabila sudah meresap boleh matikan api dan siap untuk dihidangkan.
    resepi ayam masak bali

Notes

selain merebus ayam pada step pertama anda boleh juga menggoreng ayam kerana nanti hasilnya lebih rangup daripada direbus. saya guna rebus sebab teringin mengurangkan minyak dalam ayam sahaja.
resepi ini guna cili yang cukup banyak dan apabila anda tak suka pedas boleh kurangkan cili dan mengikut cita rata masing-masing.
Keyword Ayam Masak Bali

sebenarnya, sudah banyak laman perkongsian atau kawan blogger yang berkongsi resepi ayam masak bali tetapi sebahagian dari resepi sudah berubah dari resepi originalnya. resepi ini boleh menjadi pilihan anda apabila teringin cuba masakan ayam yang berbeza.

resepi ini saya dapatkan semasa melancong ke bali bersama suami, ceritanya masa itu saya dan suami tengah cari tempat bermalam dan alhamdulillah tak butuh masa yang lama untuk mendapatkan tempat untuk tidur.

ternyata tempat saya menginap juga menyediakan masakan khas untuk para tetamu yang bermalam, mereka menyediakan ayam masak bali ini atau dalam bahasa Indonesia mereka memanggilnya ayam bumbu bali.

kali pertama saya lihat saya fikir itu adalah ayam masak merah kerana mereka hampir serupa tetapi selepas saya merasakan rasanya emmm sangat sangat sedap dan rasa rempahnya amat kuat dan ini berbeza dengan ayam masak merah yang saya tahu.

saya pun memberanikan diri untuk bertanya macam mana cara buat ayam masak bali ini?

pada mulanya mereka tak bagi resepinya kerana mereka cakap itu adalah resepi legasi dari keluarganya dari dulu, tetapi selepas saya terus tanya akhirnya mereka bagi dan sebagai rasa kesyukuran kepada mereka saya bermalam selama 5 hari dari rancangan mulanya hanya 2 hari sahaja.

selepas kembali ke rumah dari melancong badan saya rasanya sakit mungkin kerana keletihan semasa bercuti, nasib baik suami mahu menyediakan sup ayam dan masakan ini memang dipercaya boleh meningkatkan Immunity Booster.

Sejarah Bahan Masak Bali

bali memang sudah lama terkenal dengan masakanya yang lazat dan rahsianya adalah keseimbangan daripada bahan rempah utama atau bahan Guru Besar.

Resepi Ayam Masak Bali

bahan guru besar dalam masakan bali boleh disebut Basa Genep atau Basa Gede. bahan guru besar mempunyai 4 bahan iaitu Jae (halia), kunir (kunyit), isen (lengkuas), dan cakuh (kencur).

selain bahan guru besar ada juga bahan lainya antaranya cili, awang merah, bwang putih, dan rempah. bahan-bahan ini menyimbolkan Mountain. tetapi ada juga bahan yang menyimbolkan laut iaitu garam dan pes udang.

pada zaman dahulu apabila seorang Belawa atau Chef berjaya menghimpun semua bahan tadi maka ianya boleh menghasilkan kuasa paksi pusat. yang bermaksud dari kuasa paksi pusat adalah kuasa dari Dewa Shiva yang mampu menghasilkan makanan bersih dari semua pencemaran penyakit.

tak ada satu nota sejak bila masyarakat bali boleh mengumpulkan dan mencapurkan semua bahan hingga menjadikan masakan. tetapi mereka mempercayai bahwa bahan masakan adalah karunia yang diberikan untuk Pandawa dari Dewa.

Yudhistira memberikan rasa masin, Arjuna rasa pahit, Bima rasa sepat, Nakula rasa pedas, dan Sadewa rasa manis. nama nama tadi ada dalam boneka kulit yang kerap ditemui di masyarakat bali.

oke, itulah resepi yang saya kongsikan hari ini dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya, Happy Cooking.

One Response

  1. Soohmi June 2, 2020

Leave a Reply