Resepi Bihun Goreng Singapore Sedap Cuma 30 Minit

Saya memang orang yang sangat menggemari mee. bahkan, sekali seminggu kerap membeli mee di kedai. salah satu antara mee yang saya suka adalah bihun goreng singapore.

saya fikir masakan ini memang sudah tidak asing lagi dalam menu hidangan masyarakat Malaysia, saya sendiri tak tahu darimana nama masakan ini berasal dan sampai sekarang pun saya mahu tahu apa kaitan masakan ini dengan singapore?

Resepi Bihun Goreng Singapore

tetapi kerana ianya sedap siapa siapa pun boleh makan kan…

saya sendiri selain kuey teow kungfu juga kerap menyediakan masakan ini untuk kanak-kanak sebab kanak-kanak terkadang takut apabila nampak makanan berwarna merah mungkin kerana mereka menganggap rasanya pedas.

Resepi Bihun Goreng Singapore

masakan ini sendiri cukup istimewa sebab selain rasanya yang sedap kerana dicampur dengan ayam dan udang saya menambahkan pelbagai jenis sayuran seperti bunga lobak merah, bunga kubis, dan kubis.

dengan pelbagai bahan yang saya masukkan memang nampak meriah masakan ini membuat sesiapa sahaja yang melihat terliur di tekak.

pada resepi ini saya guna hirisan cili sebagai hiasan tetapi apabila anda tak suka pedas atau supaya kanak-kanak boleh makan juga sila kurangkan cili atau tak guna pun tidak apa.

anda pasti sudah ingin tahu resepinya kan? sila lihat resepinya dibawah..

Resepi Bihun Goreng Singapore

Bihun Goreng Singapore

Soohmi Fajria
masakan yang sudah tidak asing lagi dalam masyarakat malaysia dan resepi ini sangat mudah dan simple sesiapun boleh buat bahkan apabila anda tak pandai memasak sekalipun. sangat istimewa kerana saya menggabungkan dengan udang, ayam, dan pelbagai sayuran.
5 from 1 vote
Total Time 30 mins
Course Mee
Cuisine Melayu
Calories 455 kcal

Ingredients
  

  • 1 bungkus bihun 350g
  • 1 keping dada ayam dipotong kecil
  • 12 ekor udang bersihkan
  • 10 biji bebola ikan dibelah dua
  • 1 mangkuk kecil kobis dihiris
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis dihiris
  • 1 batang lobak merah dipotong memanjang
  • garam secukup rasa

BAHAN KISAR/ TUMBUK

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 1/2 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 1/2 sudu teh lada hitam

BAHAN HIASAN

  • hirisan telur dadar
  • hirisan cili optional

Instructions
 

  • mula-mula rendam 1 bungkus bihun dalam air kemudian toskan dan supaya lebih mudah saat makan dan tidak terlalu panjang boleh gunting
  • panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisar (bawang besar, bwang putih, lada hitam, dan serbuk lada putih) hingga harum. apabila sudah harum masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak.
    Resepi Bihun Goreng Singapore
  • selepas itu, masukkan udang dan bebola ikan dan kacau rata kemudian biarkan hingga udang masak sekejap.
  • step seterusnya masukkan bihun bersama sayuran (bunga kobis, kobis, dan lobak merah) berikutnya perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.
    Resepi Bihun Goreng Singapore
  • apabila sudah masak taburkan dengan hirisan telur dadar dan hirisan cili, bihun goreng singapore siap dihidangkan!

Notes

  1. supaya bihun tak mudah basi semasa memasak biarkan hingga ianya sedikit berkerak dan hampir kering.
  2. apabila bihun keras semasa digoreng boleh tambahkan sedikit air tetapi ingat sedikit sahaja kerana apabila terlebih ianya akan lembik.
  3. kerana lada hitam sudah terasa pedas anda boleh tak letak hirisan cili supaya kanak-kanak boleh makan
Keyword Bihun Goreng Singapore

bihun memang sudah menjadi makanan utama pengganti nasi dan makanan berazaskan bihun memang popular di wilayah Asia Tenggara terutamanya Malaysia.

apa yang saya suka dari bihun goreng singapore ini?

masakan ini sangat mudah disediakan kerana tak perlu masa yang lama dan masakan ini sangat sesuai untuk kepada kanak-kanak sebab ianya guna banyak sayuran dan ikan yang berisi banyak vitamin dan nutrisi untuk menjaga tubuh tetap sihat dan seafood memang sangat baik untuk perkembangan tubuh kanak-kanak.

dengan rasanya tidak pedas dan nampak berwarna-warni pasti akan digemari kanak-kanak.

selain itu, masakan ini juga sesuai untuk dihidangkan apabila ada tetamu datang kerana biasanya ada tetamu yang datang tanpa notis.

teringat dahulu kali pertama saya pernah merasai kesedapanya tetapi saya tidak tahu itu adalah bihun goreng singapore. masa itu suami membawa hadiah makanan untuk kami sekeluarga, beliau kata dia membelinya kat kedai tetapi suami tak bagi tahu nama masakan ini.

beberapa hari kemudian saya lihat masakan ini viral kat laman perkongsian facebook, pada masa itu saya baru tahu kalau makanan ini adalah bihun goreng singapura. tetapi berdasarkan namanya tentu banyak yang menganggap makanan ini berasal dari singapore kan?

tetapi sampai artikel ini saya tulis kesahihanya masih belum dapat dipastikan.

oke, itu sahaja resepi yang saya kongsikan untuk anda dan apabila anda belum pernah cuba masakan ini sila cuba sekarang kerana rasa sedapnya buat satu pinggan pun tak cukup.

bye bye dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi June 4, 2020

Leave a Reply