Resepi Kuey Teow Kungfu Homemade [Sedap]

Siapa suka Mee?

apabila anda penggemar mee, mujurlah sebab hari ini saya nak berkongsi resepi kuey teow kungfu. masakan ini adalah salah satu antara masakan yang berasal dari Cina.

sebelumnya saya sudah berkongsi resepi dari Cina juga, contohnya Resepi Sos Dimsum. untuk membuatnya mee mudah sahaja kerana anda hanya memerlukan 1 paket kuey teow kemudian dicampur dengan telur dan goreng.

Resepi Kuey Teow Kungfu

tetapi, untuk membuat kuahnya memang sedikit rumit sebab ianya memerlukan bahan-bahan yang banyak dalam penyediaan kuahnya. tetapi apabila sudah menjadi jaminan dianya sedap dan kanak-kanak pun suka.

kuey teow kungfu ini sedikit istimewa sebab saya guna banyak sayur-sayuran dan untuk menyediakan meenya saya goreng terlebih dahulu bersama telur.

Resepi Kuey Teow Kungfu Paling Sedap

sebenarnya saya memang sangat menggemari mee dan biasanya saya kerap membeli kuey teow ini di kedai Tom Yam dan harganya pun murah sahaja hanya RM 8. kerana saya kerap membelinya lambat laun saya mula ingin tahu macam mana cara buat kuey teow kungfu ini?

saya mula cari di laman perkongsian dan alhamdulillah mujur lah saya menemukan resepi yang sangat sesuai dengan lidah saya.

resepi ini di kongsikan Florina Matius Amin, terima kasih kepada empunya resepi kerana sudah sudi untuk berkongsi, jom kita layan resepinya dibawah…

Resepi Kuey Teow Kungfu

Kuey Teow Kungfu Sedap

Soohmi Fajria
Apabila di Johor mereka kata ini Kuey Teow Hongkong tetapi jika di Kuala Lumpur, Selangor dan di sekelilingnya mereka sebut Kuey Teow Kungfu. apapun namanya masakan ini sangat sedap dan untuk membuatnya pun mudah.
5 from 1 vote
Total Time 20 mins
Course Mee
Cuisine Chinese
Calories 338 kcal

Ingredients
  

  • 1 bungkus kuey teow
  • 2 biji telur ayam
  • kicap pekat

BAHAN KUAH

  • 15 ekor udang ikut berapa banyak nak letak
  • 4 ekor sotong saiz sederhana dipotong 4
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 2 ulas bawang merah dihiris
  • 2 helai daun limau purut dikoyakkan
  • 1 genggam hirisan isi ayam
  • 5 biji cili padi ikut cita rasa korang
  • 2 sudu tepung jagung bancuh dengan sedikit air
  • lobak merah secukupnya
  • jagung muda secukupnya
  • sayur sawi secukupnya
  • brokoli secukupnya
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya untuk kuah

Instructions
 

  • bersihkan kuey teow kemudian toskan air. panaskan minyak dalam kuali selepas itu goreng kuey teow selama 2-3 minit kemudian tutup api.
  • seterusnya, pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau. kemudian ambil kuey teow dalam kuantiti seorang makan selepas tu masukkan dalam bancuhan telur dan sebatikan (1 paket kuey teow boleh menjadi 4 bahagian).
    Resepi Kuey Teow Kungfu
  • goreng kuey teow yang sudah dibancuh dengan telur seperti menggoreng telur dadar dan apabila sudah masak ketepikan.

CARA BUAT KUAH

  • mula mula panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang merah, bawang putih, dan cili padi hingga keperangan. selepas itu masukkan daun limau purut bersama hirisan isi ayam kemudian masak hingga ayam kecut atau masak.
  • step terusnya, tuangkan air mengikut selera anda dan masak hingga kauh mendidih. apabila sudah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung kemudian kacau rata.
  • masukkan udang, sotong, dan pelbagai sayuran seperti borkoli, lobak merah, sawi, dan jagung muda. seterusnya masukkan sedikit garam dan apabila sudah masak bolehlah tutup api.
  • untuk menghidangkanya, letakkan kuey teow yang sudah di goreng bersama telur tadi kedalam mangkuk atau pinggan kemudian tuangkan kuah diatasnya dan siap untuk dihidangkan.

Notes

semasa membasuh kuey teow jangan lama sangat sebab ianya mudah lembik dan menjadi tak sedap apabila digoreng.
dan untuk 1 paket kuey teow boleh dapat 4 bahagian kuantiti dan goreng secara berasingan supaya mudah semasa menyediakanya.
 
Keyword kuey teow kungfu

mungkin ada sebahagain besar dari anda bertanya kenapa namanya kuey teow kungfu?

sebenarnya asal namanya dari Bahasa Kantonis iaitu Kung Hu yang bermaksud Berkuah dan kalau Char Kuey Teow bermaksud Kuey Teow Goreng.

apabila mendengar kata Kungfu saya jadi teringat dengan Bruce Lee, siapa dia?

dia adalah legendea kungfu dan ikon sini bela diri di seluruh dunia. dia lahir di San Fransisco pada tanggal 27 November 1940 kemudian dibesarkan di Hongkong sehingga umur 18 tahun.

bermula dengan Wing Chun kemudian beralih dan mencipta seni bela diri sendiri yang dinamakan Jeet Kune Do kemudian dia meninggal dunia pada umur 32 tahun pada tanggal 20 Julai 1973.

Asal Usul Kuey Teow

kuey teow adalah mee berwarna putih yang terbuat dari beras dan apabila di goreng ia dinamakan Char Kuey Teow dan apabila dimasak dengan kuah ianya disebut Kuey Teow Kungfu.

Resepi Kuey Teow Kungfu

makanan ini sangat popular di Malaysia, terutama ditempat tempat yang banyak etnik Cina. berdasarkan pada sejarah masyarakat Cina mula memakan mee pada masa dinasti Han pada tahun 2006 SM.

tetapi, mee pada zaman tersebut tidak serupa dengan mee sekarang ini, pada masa tersebut mee merupakan adunan yang terbuat dari gandum dan mempunyai bentuk segi empat sama atau lembaran yang ketebalanya serupa dengan kulit ladu.

kemudian selepas itu mee mula masuk ke Jepun, Korea, taiwan dan negara-negara yang ada di Asia Tenggara termasuk Malaysia.

jadi, sekarang anda sudah sedikit faham mengenai masakan ini?

oke, itulah resepi yang saya kongsikan hari ini dan apabila bermanfaat sila share ya atau boleh klik star rating dibawah kemudian komen.. bye bye.

One Response

  1. Soohmi June 2, 2020

Leave a Reply