Memasak sup ayam memang boleh menjadi sedikit pelik apabila anda tak memiliki masa lebih kat dapur, tetapi dengan resepi yang akan saya kongsikan ini boleh anda cuba kerana sangat mudah dan ringkas.
selain menambah selera memang sudah bukan rahsia lagi bahawa sup ayam dipercayai mengandung Immunity Bosster yang boleh membantu orang orang yang kurang sihat sehingga cepat pulih.
Cara Memasak Sup Ayam Simple
memang kuahnya tidak terlalu pekat tetapi resepi yang saya kongsikan ini lebih terasa rempahnya kerana menggunakan rempah kurma dan maggi.
sup ayam memang sudah menjadi antara menu popular di negeri Malaysia dan kerap dihidangkan sebagai menu makan tengah hari kerana rasa kuahnya yang kuat sangat menyegarkan di tekak. lebih sedap apabila disediakan dengan nasi panas dan atau roti.
hari ini soohmi.com, saya nak share 2 macam resepi sup ayam sila tengok resepinya dibawah ini…

Resepi Sup Ayam Simple
Ingredients
- 1/2 ekor ayam potong mengikut selera dan bersihkan
- 3 ulas bawang putih bahan tumbuk
- 1 buku bawang merah bahan tumbuk
- 1 biji lobak merah potong kecil
- 1 buah kentang potong kecil
- 1 paket awas sup tulang
- 1 inci halia bahan tumbuk
- garam secukup rasa
- 3 sudu maggi
- 3 sudu rempah kurma
- daun sup dan daun bawang
Instructions
- mula mula, tumbuk bawang putih, bawang merah, dan halia hingga halus. sementara itu rebus ayam yang sudah dipotong dan dibersihkan tadi.
- seterusnya, masukkan bahan tumbuk kedalam rebusan ayam dan biarkan hingga mendidih. kemudian masukkan awas sup ayam yang sudah dibasuh.
- masukkan 3 sudu rempah kurma kemudian masukkan lobak merah bersama kentang yang sudah dipotong mengikut selera.
- after that, masukkan maggi dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- kacau hingga sup menggelegak dan ayam masak terasa empuk. angkat dan siap untuk dihidangkan.
Notes
berbicara mengenai ayam memang tak ada habisnya, selain telur yang boleh di manfaatkan sebagai bahan pelbagai menu daging ayam sangat popular di juga hampir di semua negara di dunia.
hampir semua negara di dunia memiliki resepi sendiri dalam mengolah bahan berazaskan ayam dan salah satu diantaranya adalah di Thailand.
Manfaat Sup Ayam Untuk Kesihatan
apa yang saya suka dari sup ayam adalah cara membuatnya yang mudah dan bahan-bahanya mudah didapati, ianya juga berisi pelbagai macam Vitamin sehingga sangat bagus untuk menjaga kesihatan badan.
bahkan, saya teringat pernah membaca artikel ada sebuah penyelidikan di Amerika yang mendedahkan bahawa bahan rempah dan Asid Amino yang terdapat dalam sup ayam boleh berguna membantu menyembuhkan penyakit Bronkitis dan saluran pernafasan.
oke, kembali ke resipi yang kedua ini berasal dari negeri Thailand dan cara untuk membuatnya juga mudah diikuti sekalipun anda tak pandai memasak.
sila tengok step by stepnya dibawah…

Sup Ayam Thai
Ingredients
Bahan Tumis
- 10 biji bawang putih Tumbuk halus
- 2 batang serai diketuk
- 1 peket sup bunjut
- 1 biji bawang besar belah 6
- 1/2 biji bawang holland belah 6
- 1/2 inci halia ditumbuk halus
Bahan Lain
- 1 ekor ayam ambil bahagian dada dan potong kecil
- 10 biji cili padi ditumbuk kasar
- 2 biji tomato dibelah empat
- 2 batang saderi dihiris batangnya
- 1 biji lobak merah dihiris
- limau nipis
- sos ikan
- gula dan garam secukup rasa
- sedikit daun ketumbar optional
- Ajinomoto secukupnya
- minyak masak untuk menumis
- air secukupnya
Instructions
- pertama, panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan. kemudian masukkan bawang merah, bawang holland, sup bunjut, dan serai kacau seketika dan tuangkan air.
- seterusnya, perasakan dengan sos ikan, ajinomoto, garam dan gula. kacau dan biarkan hingga mendidih. apabila sudah mendidih masukkan ayam bersama lobak merah dan biarkan hingga masak atau ayam empuk.
- sebelum matikan api, masukkan cili padi yang sudah ditumbuk, tomato, dan batang saderi kemudian masak sebentar dan boleh tutup api. siap untuk dihidangkan..
Notes
selain sayur lobak merah anda juga boleh berkreativiti dengan memasukkan sayuran lain macam borkoli, kekacang, dan jagung muda. dengan pelbagai macam sayuran sangat bagus untuk menu utama kanak-kanak yang dalam masa pertumbuhan.
dalam membuat sup ayam yang sedap ada 2 macam faktor iaitu ayam harus masak betul betul dan yang kedua adalah rasa dari kuahnya sebab apabila keduanya memenuhi dua faktor diatas pasti akan menjadikan ianya sangat lazat.
selain itu, rasa sup akan lebih hebat apabila pada hari berikutnya jadi apabila ada kelebihan maka anda boleh menyimpanya.
apabila resepi ini bermanfaat sila share ya dan jangan lupa klik rating star dibawah, sampai jumpa dan happy cooking.
Sangat sedap mau cuba..