Nasi Goreng Cina atau Chinese Fried Rice siapa yang tak tahu dengan masakan ini?
masakan yang sangat popular di Asia terutamanya Malaysia selalunya menjadi pilihan favorit kerana mudah dibuat sekalipun anda tak pandai memasak.
masakan ini memiliki banyak variasi dan untuk membuatnya biasanya hanya dari bahan rempah kemudian dicampur dengan nasi putih, sayuran, ayam, daging dan pelbagai bahan lainya.
salah satu antara nasi goreng yang popular adalah nasi goreng cina yang akan saya kongsikan di artikel ini, tetapi sebelum kita mula menuju ke resepi saya nak membincangkan Asal asli dari makanan ini.
Resepi Nasi Goreng Cina Sedap
mengikut perkataan kawan saya yang berasal dari Indonesia, nasi goreng disana ada 5 jenis iaitu nasi goreng jawa, nasi goreng, nasi goreng kampung, nasi goreng ikan asin, dan nasi goreng kambing.
saya sendiri tak tahu macam mana cara nak buat nasi goreng diatas tetapi apabila saya sudah tahu akan saya share di blog ini. kerana mungkin bahan-bahan yang digunakan sedikit berbeza dari kita tetapi bahan utamanya adalah sama-sama guna nasi…hihihi
Asal Nasi Goreng
meski nasi goreng sangat popular di negara kita tetapi tahukah anda asal dari makanan ini?
nasi goreng ternyata sudah ada dari beberapa ribu tahun lalu atau lebih kurang 4000 tahun SM, makanan ini tidak berasal dari Malaysia, Indonesia, atau Thailand tetapi berasal dari Negeri Cina.
menurut cerita kali pertama nasi goreng dibuat adalah kerana tabiat masyarakat cina yang tidak suka makan nasi yang sudah sejuk dan kerana itu mereka mencuba memasak kembali nasi yang sudah menjadi sejuk dan supaya lebih sedap mereka juga menambahkan pelbagai macam bahan.
dari tabiat itu ternyata nasi goreng sedap juga dan mula merebak ke pelbagai wilayah di cina.
Bila Nasi Goreng Mula Masuk Ke Negeri Lain?
pasti dalam fikiran anda mula muncul soalan kapan ni nasi goreng masuk ke Malaysia?
pada zaman dahulu, masyarakat Cina suka bersiar-siar ke pelbagai negara di dunia dan salah satu antaranya adalah Malaysia. kemudian sebahagian orang cina itu suka tinggal di kawasna tersebut dalam masa yang lama.
mereka juga membuat nasi goreng dengan pelbagai bahan yang ada di negara tersebut sampai akhirnya ada banyak jenis nasi goreng macam sekarang ini.
kembali ke resepi, pada resepi ini saya guna sos tiram, lada sulah, dan kiub ayam supaya lebih terasa masakanya sebab ianya hanya memiliki sedikit bahan sahaja.
kanak-kanak kadangkala suka memilih makanan jadi saya buat supaya warnanya lebih menarik dengan memasukkan sayur campur dan telur.
pasti anda sudah tak sabar teringin cuba resepi ini kan, sila tengok resepinya dibawah…

Nasi Goreng Cina
Ingredients
- 3 mangkuk Nasi putih
- 2 kiub ayam Brand Knorr
- 4 biji telur
- 15 biji bebola ikan belah empat
- 15 g daging ayam potong dadu
- 150 g sayur campur
- 2 ulas bawang merah cincang
- 10 ulas bawang putih cincang
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu besar serbuk lada sulah
- 1 labu bawang besar potong dadu
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh Ajinomoto
- daun bawang optional
- bawang goreng optional
- 5 sudu besar minyak untuk menggoreng nasi
- 1/2 cawan minyak untuk meggoreng telur
Instructions
- panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali kemudian pukul telur terlebih dahulu dan goreng telur macam goreng telur hancur, apabila sudah masak angkat dan ketepikan.
- panaskan kembali 5 sudu besar minyak kemudian goreng bawang merah dan bawang putih yang sudah di cincang hingga harum.
- masukkan ayam dan goreng hingga agak kering kemudian masukkan sayur campur bersama bebola ayam dan kiub ayam selepas tu goreng hingga masak.
- apabila sudah masak masukkan sos tiram bersama garam, gula, bawang besar yang sduah di potong dadu, ajinomoto, serbuk lada hitam dan sulah, telur hancur kemudian gaul hingga rata.
- masukkan nasi kemudian goreng hingga sebati, apabila sudah sebati boleh taburkan daun bawang dan bawang goreng. siap untuk dihidangkan.
Notes
semasa menggoreng dan telur kenapa saya guna minyak secara berasingan?
sebab, kita mesti pandai pandai menggagak minyak semasa menggoreng dan apabila kita guna sedikit minyak nanti nasi goreng akan mudah melekat semasa digoreng dan telur menyerap minyak yang sangat banyak nanti minyak cepat habis dalam kuali.
jadi supaya mengelakkan kejadian diatas saya guna minyak secara berasingan sahaja. anda boleh menggunakan minyak yang sama tetapi anda harus pandai pandai ya.
selain nasi goreng cina saya juga berkongsi resepi yang sedap juga iaitu sup ayam dan apabila anda teringin cuba membuatnya sila klik link tadi. biasanya saya kerap membuat nasi goreng apabila awal ramadhan seperti sudah menjadi tradisi didalam rumah.
tetapi ada masa saya kerap membuatnya hampir setiap hari sebagai contoh semasa suami bekerja kita bekalkan masakan dari rumah. dia kata sudah jemu makan makan diluar dan apabila terlalu kerap makan diluar nanti tidak boleh berjimat.
memang kita masak resepi yang mudah dan biasa-biasa sahaja tetapi mesti tetap sedap dan yang paling utama memastikan menu makanan yang kita buat mencukupi vitamin yang diperlukan supaya tubuh kekal sihat.
untuk itu selain menu biasa anda juga mesti menyediakan buah-buahan dan sayuran. oke, itulah resepi nasi goreng cina yang saya kongsikan dan apabila resepi ini bermanfaat sila komen dibawah.
sampai jumpa dan happy Cooking.
Saya suka saya suka