Resepi Agar Agar Tali Gula Merah Cuma 15 Minit

Hi readers semua, jumpa lagi dengan soohmi.

hari ini soohmi nak berkongsi resepi agar agar tali yang sangat sedap dan sejuk di tekak. lebih istimewa saya guna gula merah dan santan.

biasanya apabila bulan puasa, selalunya makanan ringan yang terasa sejuk di tekak menjadi pilihan untuk berbuka puasa kan?

resepi agar agar tali

selama bulan puasa semalam saya lebih memilih untuk makan buah dan puding selepas berbuka. barulah apabila sudah 2 jam saya baru makan makanan hidangan utama.

banyak puding yang sudah saya buat tetapi puding buih adalah yang paling saya suka. kerana ianya tak memerlukan banyak bahan dan masa untuk membuatnya hanya 40 minit sahaja.

Cara Buat Agar-Agar Tali Gula Merah Sukatan Cawan

selain puding, kadangkala saya juga buat agar-agarĀ  milo, laici, sirap, dan agar agar tali ini. untuk membuat agar-agar sebenarnya sangat mudah, hanya campur semua bahan kemudian masak diatas api yang kuat dan pastikan santan betul betul naik kepala kemudian sejukkan di dalam peti ais.

semasa saya buat makanan ini saya cuma perlu masa lebih kurang 15 minit sahaja dan yang membuat ianya lama hanya semasa menunggu ianya keras didalam peti ais.

resepi agar agar tali

Bahan Bahan agar agar tali

tetapi anda mesti hati hati apabila membuat agar agar kerana bila ianya kurang air nanti keras melantun pula. teringat kali pertama saya cuba buat ini, dulu saya baca resepi kat laman perkongsian facebook dan memang ianya nampak sedap.

tetapi bila baca jumlah airnya, empu resepinya tulis “air secukupnya”… dalam hati saya kata “what the hell is this” macam mana agak secukupnya tu?

saya percaya anda pasti boleh mengerti perasaan saya kala itu. tetapi anda tak akan ikut merasakan macam saya sebab resepi agar agar tali yang saya kongsikan ini sudah saya sukat betul-betul.

berikut adalah resepinya untuk anda.

resepi agar agar tali

Resepi Agar Agar Tali

Soohmi Fajria
agar agar memang salah satu antara makanan yang menggoda selera lebih lebih apabila cuaca panas, rasanya yang lembut dan aromanya yang wangi sangat nyaman di tekak. lebih-lebih apabila baru ambil dari peti ais terasa sangat sejuk di tekak.
5 from 1 vote
Total Time 15 mins
Course Snack
Cuisine Mediterranean
Servings 4 orang
Calories 62 kcal

Ingredients
  

  • 10 g agar agar serbuk @tali
  • 3 sudu besar gula putih
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 keping gula melaka @ 1/2 ketul gula kabung
  • 1 biji telur
  • 200 ml santan atau 1 kotak kecil santan
  • 800 ml air

Instructions
 

  • mula mula siapkan periuk kemudian masukkan air, gula melaka, gula putih, dan agar-agar. selepas itu masak hingga mendidih.
  • sementara itu, campurkan santan, telur, dan esen vanilla kedalam bekas kemudian pukul rata.
    resepi agar agar tali
  • apabila air gula sudah mendidih tuangkan campuran santan ke dalamnya. kemudian kacau dan biarkan ianya menggelegak (ingat pada masa ini kuatkan api)
    resepi agar agar tali
  • pada masa ini masak hingga santan betul-betul naik kepala dan apabila sudah menggelegak matikan api kemudian tuangkan kedalam loyang
    resepi agar agar tali
  • last step, masukkan dalam peti ais dan biarkan ianya sejuk dan keras.

Notes

supaya boleh mendapat lapisan yang cantik, semasa memasak anda mesti kuatkan api sampai ianya menggelegak dan kacau perlahan sambil pertahankan api.
kemudian kuatkan api dan kacau lagi dan ulangi proses ini hingga 3 kali insyaa allah nanti anda boleh dapat lapisan yang cantik.
Keyword agar agar tali

apabila anda teringin ubah sukatan ke sukatan cawan sila tengok panduan ini.

saya memang salah satu antara orang yang menggemari agar-agar dan yang paling saya suka dari agar agar ini adalah semasa memasak, ya ampun baunya sangat semerbak. bila ianya sudah sejuk nampak best dengan kejadian lapisan itu.

sayangnya, anak anak jarang makan agar agar tapi apabila mereka sudah mencuba dah 2 kali request suruh buat. hidangan ini memang sangat sesuai dijadikan juadah pencuci mulut, apalagi ianya boleh simpan lama dalam peti ais.

selain itu, apabila ada tetamu yang datang tanpa konfirm agar-agar tali ini boleh dihidangkan kerana senang nak buat.

Petua Mengira Sukatan Air Untuk Masak Agar

banyak dari kita yang kali pertama buat agar-agar tak menjadi, itu disebabkan kerana sukatan air yang kurang tepat.

lebih lebih apabila anda baca kat laman perkongsian dan empunya resepi hanya tulis air secukupnya pasti lah pening kepala kan?

untuk itulah apabila dimasa hadapan anda teringin buat agar-agar boleh baca tips dibawah ini untuk mengira sukatan air.

  • 10 gm agar agar = 1 liter air
  • untuk agar agar serbuk juga sama kisaranya 15 gm agar agar = 1.5 liter air
  • agar agar tali juga sama 30gm agar agar = 3 liter air

tetapi kenapa resepi yang saya kongsikan ini ianya guna 800 ml air?

sebab saya menambahkan air 200 ml jadi kalau ditambah air 800 ml = 1 liter kan?

itulah resepi yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila resepi ini bermanfaat sila berikan star rating kemudian tulis komen anda ya.

jangan lupa share juga, sampai jumpa dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 14, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda