Resepi Biskut Cornflakes Coklat Cuma 25 Minit [Sedap]

Anda cari resepi biskut cornflakes coklat yang betul betul sedap?

pertama, anda berada di artikel yang betul dan selamat datang di blog saya soohmi.com, blog ini saya buat sebagai nota untuk sesiapa sahaja yang teringin belajar memasak dan saya harap blog ini boleh memberikan manfaat anda semua.

sebenarnya, untuk membuat cornflakes sangatlah mudah kerana ianya tak perlu bakar dan anda tak perlu payah baking. cuma gaul badam bersama cornflakes kemudian tuangkan coklat cair dan seterusnya taburkan hiasan.

resepi Biskut cornflakes coklat

that’s it. very simple, right?

cuma persoalanya, untuk menghasilkan biskut cornflakes yang betul betul sedap anda mesti beri perhatian kepada sukatan semua bahan.

kerana itulah soohmi akan memberikan resepinya untuk anda di bawah ini.

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Tanpa Bakar

siapa yang tak tahu biskut cornflakes?

apabila anda bertanya kepada sesiapa sahaja orang pasti jawapan mereka tahu dan anda adalah salah satu antara orang tersebut kerana boleh sampai membaca resepi saya hari ini.

soohmi sendiri kerap membuat pelbagai macam masakan dari nasi, soup, kuih raya. anda boleh membaca semua masakan yang saya buat sebab saya sudah menulisnya di blog ini.

dari semua biskut yang pernah soomi buat cornflakes coklat ini lah yang paling senang nak buat kerana ianya tak perlu bakar tak payah baking. bahkan jauh lebih mudah dari biskut german yang saya kongsikan beberapa hari yang lalu.

resepi Biskut cornflakes coklat

selain makanan moden soohmi juga menggemari makanan tradisional macam biskut makmur yang boleh anda baca dengan cara klik pautan tersebut.

dengan rasa cornflakes yang rangup di campur dengan coklat yang harum dan manis di mulut pasti membuat sesiapa sahaja tak sabar untuk mencuba, termasuk anda kan?

jom kita mengintip resepinya dibawah.

resepi Biskut cornflakes coklat

Biskut Cornflakes Coklat

Soohmi Fajria
salah satu antara kuih yang sangat senang dibuat sebab ianya tak perlu bakar dan kuih yang paling laku semasa hari raya. resepi ini hanya guna 5 bahan sahaja dan anda boleh menyediakan kuih raya tanpa kehilangan banyak masa.
Prep Time 15 mins
Cook Time 10 mins
Total Time 25 mins
Course Makanan Ringan
Cuisine American
Servings 3 orang
Calories 113 kcal

Ingredients
  

  • 500 gm milk coklat
  • 250 gm dark coklat
  • 100 gm badam cincang
  • 160 gm cornflakes
  • 90 gm white Chocolate optional

Instructions
 

  • mula mula sangai badam hingga rangup selepas itu masukkan coklat kedalam mangkuk kaca dan cairkan coklat (untuk mencairkan soohmi menggunakan microwave)
    resepi Biskut cornflakes coklat
  • step seterusnya, campurkan cornflakes dan badam kemudian tuangkan coklat cair diatasnya. selepas itu susun dalam dulang mengikut saiz yang anda suka.
    resepi Biskut cornflakes coklat
  • last step, hias dengan menggunakan coklat putih dan siap untuk dihidangkan. selamat mencuba.
    resepi Biskut cornflakes coklat

Notes

Apa itu Sangai?
sangai adalah kaedah menggoreng tanpa minyak. apabila anda mempunyai oven boleh guna oven kerana lebih ringkas.
untuk hiasan anda boleh berkreativiti dengan bahan apapun mengikut selera, semasam saya membuat ini saya menggunakan coklat putih dan anda boleh juga guna springkles, Colour Rice, Disco Dust dan lain sebagainya.
ย 
Keyword Biskut Cornflakes Coklat

anda tak mempunyai penimbang garm dirumah dan teringin menggunakan sukatan cawan sahaja?

tak perlu risau anda boleh baca cara ubah sukatan disini.

Tips Buat Cornflakes Coklat

  1. untuk coklat soohmi guna jenama Beryl Milk Compund sebab mengikut pendapat saya ianya lebih sedap.
  2. cornflakes saya guna jenama Nestle kerana ianya lebih sedap dan lebih nipis berbanding yang lain.
  3. semasa sangai badam soohmi hanya 2 minit sahaja sebab apabila terlalu lama saya risau ianya boleh hangit.
  4. semasa mencairkan coklat saya masukkan coklat kedalam mangkuk kaca dan masukkan saja kedalam microwave. tetapi, setiap 1 minit saya tengok dan menggaulnya supaya tahu ianya sudah cair atau belum.
  5. sebelum mencampurkan coklat cair dan cornflakes pastikan sudah sejuk dahulu atau suam supaya untuk mengelakkan cornflakes menjadi lembik.
  6. pastikan coklat jangan sampai terkena air.
  7. anda boleh guna paper cup jika suka tetapi saya tak guna kerana tak ada ๐Ÿ˜…
  8. untuk hiasan anda boleh mengikut selera masing-masing, saya rekomenkan guna Ceres, coklat putih, atau springkles supaya nampak lebih cantik.

biasanya menjelang bulan ramadan ramai orang menyediakan biskut raya, salah satu antara biskut raya yang popular semasa hari raya adalah biskut cornflakes coklat ini.

Asal Usul Cornflakes

cornflakes sebenarnya lebih dikenali sebagai Emping Jagung.

emping jagung atau bijirin ini dibuat dengan cara membakar empingan jagung kecil. makanan ini telah di cipta oleh John Harvey Kellogg pada tahun 1894.

siapa tu John Harvey Kellog?

sila cek wikipedia disini, sebabnya dia cipta makanan ini dia sangkakan sesuai bagi pesakit-pesakitnya di Sanitarium Batlle Creek. ternyata makanan ini amat digemari oleh pesakit-pesakitnya dan tidak berapa lama emping jagung menjadi popular.

sampai akhirnya Syarikat The Khellog Company membuatnya dalam jumlah yang besar untuk dijual kepada orang ramai hingga sekarang.

jadi anda sudah sedikit faham sejarah daripada Cornflakes kan?

resepi Biskut cornflakes coklat

makanan ini memang sedap dijadikan sebagai kudapan dan sangat sesuai dihidangkan bersama kopi panas. tetapi, saya sendiri lebih menggemarinya dihidangkan bersama susu panas sebab rasa susu dan coklat apabila digabungkan boleh buat hati bahagia ๐Ÿ˜….

mungkin setiap orang mempunyai cara penyediaan yang berbeza-beza dan anda sendiri lebih menggemari dihidangkan dengan cara macam mana?

sila tulis di komen ya?

itulah resepi biskut cornflakes coklat yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila resepi ini bermanfaat, tolonglah klik star rating 1-5 kemudian komentar dan share artikel ini ya..

bye bye and happy cooking.

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda