Resepi Biskut German Sukatan Cawan | Biri-Biri👍

Hello jumpa lagi di Soohmi.com kami adalah blog khas yang hanya berkongsi pelbagai macam resepi dan hari ini saya teringin share yang pasti anda suka iaitu resepi biskut german.

pada resepi ini memiliki kelainan daripada German Cookies yang selama ini anda kenal kerana sudah saya buat serupa dengan kepala biri-biri. anda pasti sekali-kala pernah menonton animasi Shaun the Sheep kan? yup, macam itulah biskut ini nanti.

Resepi Biskut German Sukatan Cawan

sebelum kita mula ke resepinya saya nak tanya, macam mana puasanya? apakah senang? seperti biasa apabila bulan puasa pasti ramai korang cari resepi dari resepi ayam, nasi, sampai kuih muih.

apabila anda tengah cari resepi ayam boleh cuba ayam masak bali atau sup ayam dan apabila anda cari resepi nasi menu nasi goreng cina sangat saya rekomenkan.

sebenarnya hari ini ada dua biskut yang ingin saya tulis di blog ini tetapi kerana tak cukup masa akhirnya saya hanya kongsikan biskut german dan untuk cornflakes madu akan saya kongsikan dimasa hadapan nanti.

untuk resepinya sila tengok dibawah ini…

Resepi Biskut German

Biskut German Comel

Soohmi Fajria
pernah lihat biskut dengan bentuk kepala biri-biri? jika belum anda mesti buat jerman Cookies ini tetapi biskut ini sedikit sukar dibuat dan anda mesti bersabar, tetapi percayalah apabila sudah menjadi dan nampak biskut secomel ini rasanya sangat berpuas hati.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr 10 mins
Course Biskut
Cuisine Mediterranean
Calories 141 kcal

Ingredients
  

  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan marjerin
  • 4 sudu kecil gula halus
  • 1 sudu teh serbuk vanilla
  • Chocochips untuk buat telinga
  • biji selasih untuk buat mata

Instructions
 

  • siapkan bekas kemudian campurkan semua bahan kecuali chocochpis dan biji selasih lepas itu pukul hingga sebati atau apabila anda punya mixer boleh guna mixer.
  • seterusnya bagi adunan menjadi beberapa bahagian kemudian bentuk bulat-bulatkan macam gambar dibawah ini. setiap 1 bulatan besar buatkan lagi 2 bulatan kecil itu untuk buat rambut domba nanti.
    Resepi Biskut German
  • step seterusnya, letak 2 bulatan kecil diatas bulatan yang besar itu dan supaya tidak mudah lepas semasa letak sementara ditekan perlahan dan supaya lebih mudah boleh guna garpu.
  • selepas itu letak juga chocochips untuk telinga dan biji selasih untuk buat mata dan supaya anda boleh fapam boleh tengok gambar dibawah ini.
    Resepi Biskut German
  • siapkan loyang kemudian sapukan marjerin dan taburkan tepung gandum diatas permukaanya atau boleh juga guna kertas minyak fungsinya supaya biskut tak melekat semasa dibakar.
  • susun semua biskut kedalam loyang kemudian bakar pada suhu 170"C selama 20 - 30 minit atau hingga masak (mengikut oven masing-masing ye).
    Resepi Biskut German
  • apabila sudah masak, keluarkan dan sejukkan sekejap kemudian apabila sudah sejuk biskut german siap untuk dihidangkan

Notes

Macam mana cara nak tahu biskut sudah masak atau belum?
untuk mengetahuinya anda boleh guna garfu dan tusukan pada biskut dan apabila sudah masak maka ianya akan keras.
saya sudah bakar kek ini lama kenapa warnanya tetap sama?
biskut ini sememangnya pada saat masih adunan dan semasa sudah masak warnanya tidak jauh berbeza untuk itu anda mesti check dengan cara ditusuk guna garfu.
Keyword Biskut German

kali pertama saya dapat resepi ini adalah semasa melawat ke rumah kawan saya Kak Albiyan, beliau menyediakan German Cookies ini sebagai snek untuk para tetamu dan kerana bentuknya yang sangat comel saya pun bertanya macam mana cara nak buat cookies ini.

nasib baik, kak Albiyan sudi berkongsi resepinya dan ternyata untuk membuatnya cukup mudah dan supaya menjadi anda mesti bersabar sahaja. semalam adalah kali pertama saya buat dan menjadi, kanak-kanak pun sangat suka dengan biskut ini.

biskut ini memang boleh menjadi biskut kegemaran kanak-kanak dan saya memiliki rancangan nak memasukan biskut ini kedalam list biskut raya nanti.

kenapa biskut ini dinamakan German Cookies?

meskipun kak Albiyan berkata ia menemukan resepi ini di Internet saya sendiri pun kebingungan, sebab saya sudah cari dilaman internet mengenai biskut german tetapi tak ada yang sesuai dengan cookies ini dan apabila ada yang sesuai itu hanya serupa di namanya sahaja tetapi bentuknya berbeza.

Resepi Biskut German

selepas beberapa hari cari akhirnya saya menemukan resepinya ternyata ada di Pinterest, saya suka melihat PIN gambar dari cookies ini ada yang berwarna-warni macam rainbow, ada yang wajahnya hitam (mungkin ianya guna salutan cokelat).

yang paling saya suka dari biskut ini adalah dianya hanya guna sedikit bahan sahaja pun boleh menjadi dan salah satu antaranya pernah saya baca di artikel resepi yang di kongsikan oleh kawan dari negeri Jiran kita, Indonesia tetapi saya lupa link artikelnya.. huhuhu..

sebenarnya, ada resepi biskut german yang sempat viral di laman facebook dan di kongsikan oleh MariaKhalisya Khalis. cookies buatan Maria pun saya tengok nampak sedap kerana dianya menggunakan pewarna sehingga nampak comel.

berlainan dengan resepi yang saya dapatkan dari kak albiyan yang menggunakan tepung ubi kayu untuk resepi dari kak Maria dianya menggunakan tepung kentang, emmm mungkin dimasa hadapan saya teringin cuba juga untuk membuatnya.

oke, itulah resepi yang saya kongsikan dan saya harap resepi ini boleh bermanfaat untuk anda, jangan lupa klik star rating dan share ya. sampai jumpa dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi June 2, 2020

Leave a Reply