Resepi Biskut Makmur Susu Hanya 20 Minit [Sukatan Cawan]

Anda tengah cari resepi biskut makmur susu yang mudah?

anda berada di artikel yang betul kerana hari ini saya nak berkongsi cara buat biskut tersebut khas untuk anda readers soohmi.com.

bercerita tentang biskut makmur, saya teringat minggu terakhir puasa mesti ramai orang sibuk membakar kuih dan mungkin anda adalah salah satu antara orang tersebut. kuih ini memang menjadi kuih raya favorite setiap kali hari raya di sabah.

resepi biskut makmur susu

biasanya apabila malam Aidil Fitri anda boleh senang jumpa di setiap rumah yang dikunjungi. selain biskut makmur ada juga kuih raya lainya contohnya biskut sarang semut, semperit susu, biskut mazola dan banyak lagi yang mustahil saya panggil satu persatu.

saya sendiri selain kuih makmur juga menyediakan german cookies kerana kanak-kanak memang sangat menggemari biskut tersebut.

Resepi Biskut Makmur Sukatan Cawan

saya memang sangat menggemari kuih atau biskut tradisional, salah satunya adalah biskut raya ini. rasa inti kacang tanah kisar yang sudah dipanggang kemudian dicampur dengan kulit kuih yang mencair dimulut sangat sedap dan sesuai dengan selera saya.

biasanya saya dan anak-anak menikmati biskut ini bersama teh hangat sambil menonton TV.

walaupun tahun ini kita tak beraya macam tahun sebelumnya yang disebabkan kerana pandemik COVID19 tetapi kuih raya adalah hidangan perlu kita sediakan diatas meja.

mungkin anda berencana menyediakan biskut ini juga dan berikut resepinya untuk anda.

resepi biskut makmur susu

Resepi Biskut Makmur Susu

Soohmi Fajria
salah satu antara kuih raya yang popular dengan menggunakan inti kacang tanah yang dikisar bersama salutan gula icing sangat sedap dimulut. resepi yang mudah disediakan dan membuat kita teringat lagi masa-masa kecil dulu.
5 from 1 vote
Total Time 20 mins
Course Makanan Ringan
Cuisine Mediterranean
Calories 50 kcal

Ingredients
  

  • 1 kg tepung gandum
  • 500 gm minyak sapi
  • 3/4 cawan gula icing

Bahan Inti

  • 2 cawan kacang tanah goreng tanpa minyak / panggang
  • 3/4 cawan susu pekat

Bahan Salutan

  • 2 cawan gula icing ayak

Instructions
 

  • mula-mula dengan menggunakan api sederhana kecil sangai tepung hingga berketul-ketul dan nampak kuning lebih kurang selama 5 -10 minit. selepas itu angkat dan sejukkan kemudian ayak bersama gula icing.
    resepi biskut makmur susu
  • step seterusnya cairkan minyak sapi dan sejukkan sekejap hingga ianya suam-suam. kemudian tuangkan keatas tepung dan gula icing yang sudah diayak tadi. lepas itu adun doh hingga ianya boleh dikepal dan lembut.
    resepi biskut makmur susu
  • step seterusnya menyediakan inti, buang kulit kacang tanah kemudian kisar selepas itu campurkan dengan susu pekat dan gaul hingga sebati.
    resepi biskut makmur susu
  • ambil adunan supaya sama besar boleh menggunakan sudu penyukat kemudian isikan adunan dengan kacang tanah yang sudah dicampur dengan susu pekat tadi. kemudian tutupkan inti dan buat mengikut selera (saya buat bentuk membujur).
    resepi biskut makmur susu
  • seterusnya susun dalam loyang dan bakar selama 10 - 15 minit (ingat mengikut oven masing-masing).
  • apabila sudah masak angkat dari dalam oven kemudian sejukkan. apabila ianya sudah sejuk salutkan dengan gula icing yang sudah diayak tadi dan siap untuk dihidangkan.

Notes

Apa itu Sangai?
sangai adalah kaedah menggoreng tanpa minyak dan untuk resepi ini saya sangai tak perlu masa yang lama cukup lebih kurang 5 minit sahaja.
apabila tak ada minyak sapi anda boleh menggantikanya dengan guna marjerin dan untuk doh selain guna gula icing anda boleh menggunakan gula Kastor.
Keyword Biskut Makmur

kuih makmur memang sudah menjadi kegemaran saya sejak kecil, bahkan rasanya tak lengkap apabila hari raya tiba tanpa menyediakan biskut ini.

apa yang saya suka dari kuih ini?

dengan rasanya yang lembut dan cair di mulut kemudian di campur dengan rasa kacang gebu serta ditambah aroma minyak sapi sangat sedap di tekak itulah sebabnya sampai tua bangka ni saya masih tabah membuatnya.

Asal Biskut Makmur

kuih ini memang popular di kalangan masyarakat malaysia tetapi tahu tak dari mana asalnya?

awalnya saya fikir kuih ini adalah berasal dari leluhur kita tetapi selepas saya caru maklumat barulah saya tahu kalau dia berasal dari timur tengah.

ceritanya, kuih ini berasal dari kuih Ma’amoul dan Ma’amoul sendiri adalah kuih yang popular di timur tengah. apabila and atak tahu macam mana kuih Ma’amoul ini imejnya dibawah.

Resepi Biskut Makmur

memang dia nampak macam biskut makmur kan? cuma bentuk dia lebih rata dan rasanya lebih rangup.

apabila inti kuih makmur menggunakan kacang tanah sedangkan kuih Ma’amoul ianya menggunakan Kurma, Kacang Walnut, dan Pistachio sebagai intinya.

sementara itu, berkemungkinan pada zaman dahulu ada orang-orang timur tengah yang megembara ke Asia Tenggara terutamanya Malaysia. kemudian orang-orang tersebut mencuba buat kuih Ma’amoul tetapi kerana di Asia Tenggara sukar cari kurma, kacang walnut, dan Pistachio mereka menggantinya dengan menggunakan kacang tanah sebagai intinya.

saya sendiri sudah pernah mencuba buat kuih Ma’amoul dan alhamdulillah menjadi dan untuk resepinya akan saya share di blog ini nanti di masa hadapan.

resepi biskut makmur sukatan cawan

jadi anda sudah sedikit faham darimana kuih makmur berasal kan? tetapi sayangnya, kuih makmur kurang diminati oleh golongan muda sebab kuih ini rasanya terlampau manis.

selain itu, apabila kita memakanya ianya akan melekit di tangan dan mudah lerai yang membuat kita perlu membasih tangan selepas memakanya dan untuk kesihatan sendiri makanan ini kurang baik sebab ianya mempunyai kandungan kalesterol yang tinggi.

jadi apabila anda menggemari kuih ini macam saya sebaiknya jangan makan terlampau banyak ya. oh iya, bila anda tak boleh buat sendiri boleh membelinya dan harganya cukup murah. biasanya ianya dijual seharga RM30 untuk 50 biji.

oke, itulah resepi biskut makmur yang saya kongsikan hari ini, saya harap resepi ini bermanfaat untuk anda dan boleh klik star rating dan sharenya ya.

One Response

  1. Soohmi June 8, 2020

Leave a Reply