Resepi Butir Nangka Mudah Guna 3 Warna [Sedap]

Salam perkenalan semua, saya soohmi dan hari saya nak berkongsi resepi butir nangka berwarna warni.

zaman semakin berkembang, dahulu apabila kita teringin belajar resepi mesti bertanya kepada seseorang atau membaca buku.

tapi sekarang selepas internet berjaya kita boleh dapat maklumat dengan cepat dan mudah. banyak laman perkongsian dan blog yang boleh senang jumpa hanya guna smartphone sahaja.

kerana itulah saya buat blog soohmi.com ini.

Resepi Butir Nangka

sebenarnya niat saya awalnya blog ini mahu saya jadikan buku resepi peribadi untuk abadikan resepi yang saya buat untuk keluarga. saya teringin apabila saya sudah tua nanti anak-anak boleh tengok menu yang pernah saya hidangkan untuknya.

tapi selepas, saya bercerita kepada anak-anak bahawa saya teringin buat blog mereka mengsyorkan untuk menulis blog di wordpress sahaja supaya sesiapa sahaja boleh baca resepi ini.

walaupun sebenarnya saya teringin buat blog kat blogger kerana lebih mudah dan percuma. tetapi anak-anak terlebih dahulu membelikan saya hosting dan akhirnya inilah soohmi.com yang anda baca sekarang.

Resepi Butir Nangka Sedap

kembali ke resepi, hidangan ini ada yang menyebut ianya kuih dan ada yang ada yang panggil ianya adalah bubur. tetapi mana mana yang anda suka kuih ini memang sedap dihidangkan sebagai pemanis mulut.

selain biskut makmur kuih butir nangka ini adalah salah satu antara sajian tradisional yang saya gemari. biasanya saya membelinya di bazar ramadan sebagai hidangan juadah berbuka puasa.

kalau berbuka puasa saya memang suka makan kuih atau hidangan yang berkuah macam puding buih dan bubur butir nangka ini.

resepi yang saya kongsikan ini, saya guna halba kerana ia memberikan rasa yang sangat unik. selain itu, saya guna santan segar berbanding santan kotak supaya rasa kuahnya lebih sedap.

dan supaya lebih nampak cantik saya guna 3 pewarna makanan berbeza iaitu ping, biru, dan kuning. tapi anda boleh guna warna lain mengikut selera masing-masing.

pasti sudah teringin cuba resepinya kan? jom kita layan resepinya dibawah.

Resepi Butir Nangka

Resepi Butir Nangka

Soohmi Fajria
salah satu sajian popular ketika bulan puasa dan biasanya ia dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. hidangan ini memang sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut dan salah satu antara tradisi dari pantai timur.
5 from 1 vote
Total Time 45 mins
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 4 orang
Calories 290 kcal

Ingredients
  

  • 200 g tepung pulut
  • 2 g kapur makan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 150 ml air
  • 3 jenis pewarna makanan saya guna biru, kuning, dan ping

Bahan Kuah

  • 250 ml santan pekat
  • 50 g gula pasir
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 200 ml air biasa

Instructions
 

  • mula mula campurkan air, kapur dan garam halus hingga sebati kemudian tapiskan airnya kedalam tepung pulut. kemudian uli hingga semua bahan tercampur dan tidak melekat ditangan.
  • selepas itu, bahagikan adunan kedalam 3 bahagian dan seterusnya warnakan mengikut selera masing-masing. sementara itu panaskan air dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
    resepi butir nangka
  • ambil secubit tepung tadi kemudian bentukkan macam biji nangka dan masukkan kedalam air yang sudah mendidih tadi. ualangi proses tersebut hingga adunan habis.
    resepi butir nangka
  • rebus hingga kuih masak biasanya ia akan timbul ke permukaan apabila sudah masak. angkat dan masukkan kedalam air sejuk biasa dan ketepikan sekejap.
    resepi butir nangka
  • sekarang kita nak buat kuah, mula mula masukkan semua bahan kuah tadi kedalam periuk guna api sederhana sahaja dan sentiasa kacau perlahan hingga kuah masak atau mendidih.
    resepi butir nangka
  • step seterusnya, toskan kuih yang direndam didalam air sejuk tadi dan masukkan kedalam kuah yang sudah mendidih.
    resepi butir nangka
  • kacau perlahan hingga kuah mendidih atau hingga masak. apabila sudah masak bolehlah tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Notes

pada resepi ini saya guna warna biru, kuning, dan ping tapi anda boleh guna warna mengikut selera masing-masing.
supaya kuah lebih sedap sebaiknya guna santan segar berbanding santan kotak dan apabila kuah kurang manis anda boleh tambahkan gula.
Keyword Butir Nangka

apabila anda menggemari kuih tradisional pasti anda akan suka dengan tepung pelita yang saya kongsikan semalam.

kuih butir nangka memang salah satu antara kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. pada zaman dahulu untuk mewarnakan kuih ini bisa menggunakan daun pandan yang dikisar supaya menghasilkan warna hijau.

tetapi sekarang sudah ada pelbagai pewarna makanan sehingga penggunaan daun pandan sebagai warna sudah tak digunakan lagi.

masa kini kuih ini sudah banyak di jual dan biasanya anda boleh mudah menemuinya di bazar ramadan. tetapi kerana ianya berkuah dan melekit ia tak popular di hidangkan sebagai jamuan tetamu.

soohmi sendiri sebenarnya tak pandai memasak atau menyediakan kuih muih tetapi hari demi hari saya terus mencuba menjadikan menu masakan lebih sedap untuk dihidangkan kepada keluarga.

saya mempercayai sesiapa sahaja boleh pandai memasak apabila mahu terus belajar. oke, itulah resepi yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila bermanfaat sila berikan star rating, komen, dan share ya.

jumpa lagi nanti dan Happy Cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 16, 2020

Leave a Reply