Resepi Cempedak Goreng Rangup Walaupun Sejuk Cuma 20 Minit

Siapa suka makan cempedak?

apabila anda menggemari buah cempedak pasti suka dengan resepi yang akan soohmi kongsikan iaitu cempedak goreng yang rasanya sangat rangup walaupun ianya sudah sejuk.

resepi cempedak goreng rangup

buah ini memang rasanya sangat lazat tak hairan apabila banyak rakyat malaysia yang menggemarinya. apabila kita lihat buah ini nampak seperti nangka, mulai dari kulitnya, isinya, hingga rasanya.

cuma bezanya buah cempedak ini mempunyai aroma yang lebih kuat daripada nangka dan ramai orang kata aroma buah cempedak ini serupa dengan durian dan buah ini hanya tumbuh di wilayah beriklim tropika.

Malaysia, sebagai negeri yang mempunyai iklim tropika tentunya mudah menjumpai buah cempedak. bahkan, banyak masyarakat yang menjual buah cempedak ini kerana rasanya yang sangat sedap.

Cara Membuat Cucur Cempedak Goreng Rangup

biasanya cempedak ini dinikmati dengan cara dimakan langsung kan?

tetapi, buah cempedak ternyata boleh di masak menjadi makanan ringan iaitu dengan cara di goreng. bahkan banyak kedai-kedai yang menjual cucur cempdak goreng ini.

apabila anda teringin makan atau nak buat cempedak goreng, anda berada di artikel yang betul kerana hari ini soohmi nak berkongsi resepi cempedak goreng rangup dan kerangupanya memang istimewa walaupun sudah sejuk.

hidangan ini memang sangat popular ketika musim buah-buahan, selain itu bancuhan tepung ini boleh juga untuk menggoreng pisang, keledek, seafood dan lain-lain.

sajian ini memang sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa tapi soohmi sendiri lebih suka makan cempedak goreng ini sebagai hidangan minum petang bersama keluarga.

saya sendiri tak seberapa menggemari hidangan ini tetapi suami saya memang penggemar hidangan yang digoreng dan salah satunya adalah cempedak ini. bahkan, apabila musim cempedak dia kerap membelinya hingga berbiji-biji dan meminta saya untuk buat cempedak goreng.

oke, tak usah banyak cakap dan berikut ini resepinya untuk anda..

resepi cempedak goreng rangup

Resepi Cempedak Goreng Rangup

Soohmi Fajria
hidangan ini sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa dan lebih sedap apabila dimakan panas-panas dan resepi ini mempunyai rasa rangup yang istimewa walaupun ianya sudah sejuk.
5 from 1 vote
Total Time 20 mins
Course Breakfast
Cuisine Melayu
Servings 10 orang
Calories 63 kcal

Ingredients
  

  • 1 biji buah cempedak keluarkan isi
  • 3 senduk tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • air secukupnya
  • secubit gula dan garam

Instructions
 

  • masukkan dan satukan semua bahan kecuali buah cempedak kedalam bekas kemudian kacau hingga rata. selepas itu masukkan buah cempedak yang sudah di keluarkan isinya dan gaul hingga rata pada bancuhan tepung.
    resepi cempedak goreng rangup
  • panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng cempedak hingga keperangan atau hingga ianya masak.
    resepi cempedak goreng rangup
  • seterusnya, angkat dan toskan minyak diatas tisu dapur. siap untuk dihidangkan.
    resepi cempedak goreng rangup

Notes

  1. sebelum mula menggoreng pastikan betul-betul panas 
  2. apabila anda mahu, boleh ikut menggoreng jerami-jerami yang mengelilingi buah cempedak.
  3. bancuhan tepung ini juga boleh untuk menggoreng pisang, ubi dan lain-lain.
Keyword Cempedak Goreng

untuk membuat hidangan ini memang sangat mudah cuma perlu campur semua bahan kemudian masukkan cempedak dan goreng. bahkan sesiapapun boleh masak sekalipun anda belum pernah cuba buat sebelumnya.

selain itu, ketika membelah buah cempedak biasanya getahnya akan melekat ditangan kan?

untuk mengelakkan getah supaya tak melekat anda boleh sapukan sedikit minyak masak pada tangan anda dan pisau kemudian teruskan membelah cempedak.

Tips Membeli Buah Cempedak

mungkin selepas anda tengok resepi ini teringin mencuba sendiri di rumah dan terancang untuk membeli buah cempedak, sebelum anda mula beli boleh baca tips dari saya dibawah ini.

  1. pilih cempedak yang mempunyai kulit halus dan tak ada lubang atau spot-spot hitam kerana biasanya ianya menjadi sarang larva.
  2. pilih cempedak yang mempunyai dominan warna kuning kerana apabila dominan warna hijau bisa dipastikan ianya belum masak.
  3. cari cempedak yang mempunyai permukaan kulit tumpul, licin serta ianya sedikit lembut apabila ditekan bukanya kulit yang tajam-tajam dan terasa keras apabila ditekan.
  4. cium aroma buah cempedak kerana apabila ianya sudah masak pasti akan mempunyai aroma khas yang sangat kuat.

Manfaat Buah Cempedak Untuk Kesihatan

siapa yang menyangka jika buah yang serupa dengan nangka ini punya banyak manfaat untuk kesihatan badan, dahulu soohmi pernah membaca di sebuah penjurnalan bahawa buah cempedak ternyata mempunyai pelbagai macam manfaat.

resepi cempedak goreng

manfaat untuk kesihatan yang soohmi ingat adalah..

Ubat Malaria, buah ini ternyata mengandungi heteriflavon C yang sangat berguna untuk ubat malaria.

Mengurangkan Kolesterol dalam darah, kerana buah cempedak mengandungi vitamin C yang sangat banyak, ianya boleh membantu mengurangkan kolesterol tidak baik yang ada di dalam darah dan wajib anda tahu kolesterol tersebut boleh menyebabkan penyakit hati.

selain itu, masih banyak lagi manfaatnya seperti mengelakkan strok, menyihatkan mata, bahkan boleh membantu melangsingkan badan.

kerana soohmi bukan doktor apabila ada kesalahan manfaat diatas saya minta maaf dan saya harap anda boleh memberikan pembetulan.

itulah resepi buah cempedak goreng rangup yang soohmi kongsikan hari ini, bagaimana sangat mudah kan?

apabila bermanfaat sila share ye dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 26, 2020

Leave a Reply