Siapa suka kek?
kali ini soohmi nak share kek yang sekarang tengah viral iaitu resepi kek tornado coklat cheese.
memang sudah banyak kek yang mempunyai topping coklat atau topping ganache viral, tetapi kek yang saya kongsikan ini sangat istimewa sebab ianya sangat gebu dan moist ditambah dengan topping yang melelah ketika di makan.
sampai sesiapapun yang tengah berdiet pun terbatal bila melihat dan sedikit sahaja menikmati kek yang sangat sedap ini 😅.
saya fikir kek ini nanti boleh bertanding dengan kek popular lainya seperti kek batik, kek red velvet, dan kek pandan cheese.
Cara Membuat Kek Tornado Coklat Cheese Sukatan Cawan
biasanya soohmi share kuih, mee atau nasi di blog ini tetapi hari ini entah kenapa saya nak berkongsi yang sedikit berlainan kerana saya teringin sesuatu yang berbeza.

Bahan Coklat Ganache
selain menggemari hidangan tradisi saya juga menggemari kek dan tornado ini adalah salah satunya, resepi ini saya dapatkan dari kawan di facebook Sarina Seman.
ceritanya, semalam saya tengah berbual dengan ahli group resepi yang saya ikuti dan ada salah satu kawan yang berkata sekarang ada kek yang tengah viral dan namanya sedikit pelik iaitu tornado cake.
saya pun cuba menanyakan apa dia tahu daripada resepi cake tersebut?
akhirnya, dia memberikan link share posting facebook daripada Sarina Seman. kerana saya ingin tahu macam mana rasa daripada kek ini, saya pun cuba buat sendiri.

Bahan Topping Cheese
alhamdulillah first time buat menjadi dan rasanya sedap pulak.
terima kasih kepada Sarina yang sudah sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini.
apabila anda teringin cuba juga sila tengok resepinya dibawah.

Resepi Kek Tornado
Ingredients
Bahan A
- 5 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan minyak/ marjerin
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan air panas
Bahan B
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda birkabonat
- sedikit garam
Bahan Untuk Coklat Ganache
- 500 gram milk chocolate
- 1 cawan whipping cream
- 1 sudu besar marjerin
Bahan Untuk Topping
- 500 gram cheese tartura
- 3 sudu besar susu coklat
- 1/2 cawan non-dairy whipping cream
- 1/4 cawan susu segar
Instructions
- pertama, masukkan telur, gula, dan esen vanilla kedalam bekas kemudian pukul hingga sebati. selepas itu masukkan minyak dan susu pekat, gaul lagi hingga sebati.
- seterusnya, masukkan semua bahan B yang sudah diayak kedalam campuran bahan A tadi, kemudian gaul hingga semua bahan tercampur dan sebati.
- masukkan 1 cawan air panas kemudian gaul hingga sebati seterusnya masukkan cake kedalam loyang dan sedia untuk dikukus.
- next kita buat coklat ganache, mula-mula cairkan coklat dengan kaedah teknik double boiler, apabila sudah cair masukkan marjerin dan gaul hingga marjerin larut.
- selepas itu masukkan whipping cream dan gaul hingga larut, kemudian sejukkan dengan cara masukkan kedalam peti sejuk.
- next kita buat topping, masukkan cream dan susu pekat kedalam bekas kemudian dengan menggunakann whisk putar hingga sebati.
- selepas itu masukkan whipping cream dan susu segar kemudian whisk hingga kembang. apabila sudah kembang tuangkan whipping cream keatas kek yang sudah siap dikukus tadi dan ratakan permukaanya.
- seterusnya, tuangkan coklat ganache yang sudah sejuk diatas layer cream cheese kemudian ratakan permukaanya.
- akhir sekali, taburkan topping mengikut selera masing-masing atau apabila tak letak pun tak pe, kemudian kukus kek hingga masak.
biasanya untuk membuat kek memang lebih sukar berbanding anda ketika buat kuih atau biskut kerana anda mesti faham cara baking.
tetapi pada resepi tornado cake ini sudah saya ubah sesuaikan dengan guna sukatan cawan supaya lebih mudah di ikuti oleh sesiapa sahaja yang teringin try resepi ini.
itulah resepi yang soohmi kongsikan kali ini, apabila resepi ini bermanfaat sila share ye.
jumpa lagi nanti di resepi sedap seterusnya dan happy cooking.
sila try