Resepi Ketam Masak Telur Masin Untuk 6 Orang Hanya 30 Minit

Biasanya soohmi share resepi kuih atau nasi, tapi hari ini ada sedikit kelainan kerana kali ini saya nak berkongsi resepi ketam masak telur masin yang sangat sedap.

anda penggemar hidangan seafood?

bila betul, entry yang saya tulis kali ini pasti anda suka sebab hidangan yang saya kongsikan ini selain rasanya yang sedap, ianya juga mudah disediakan dan apabila anda sekali rasa pasti nak tambah lagi.

resepi ketam masak telur masin

ketam memang boleh di kata ianya adalah hidangan yang istimewa sebab selain rasanya yang sedap ianya juga mengandungi pemakanan yang sangat tinggi seperti Kalsium, Fosforus, Vitamin, dan terutamanya Protein.

tetapi jika anda menikmatinya di kedai pasti sedikit mahal dan kerana itulah saya kongsikan resepi ini supaya anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

Cara Buat Ketam Masak Telur Masin Paling Sedap

memang apabila dibandingkan dengan pelbagai makanan laut lainya seperti ikan, udang, kerang, dan sotong, harga ketam memang sedikit lebih mahal kerana memandangkan rasanya yang lebih sedap, masa penuaian yang cukup lama dan proses memasaknya yang sedikit sukar.

lebih-lebih apabila anda membeli di restoran pasti harganya mahal dan supaya lebih berjimat anda boleh membuat sendiri di rumah.

resepi ketam masak telur masin

ketam memang popular untuk dibuat pelbagai menu masakan, dinegeri kita Malaysia ketam kerap dibuat menjadi pelbagai menu masakan seperti ketam rebus ketuk serai, sambal ketam bertelur, ketam goreng masam manis, ketam kari tepung dan masih banyak lagi.

tapi ada menu masakan yang boleh anda cuba iaitu ketam telur masin, pasti anda sudah teringin cuba resepinya kan?

sila tengok cara-caranya dibawah.

resepi ketam masak telur masin

Ketam Masak Telur Masin

Soohmi Fajria
ketam memang sangat sedap di masak bersama telur masin dan untuk resepi yang saya kongsikan ini ianya guna butter, susu, dan kiub pati ayam kemudian supaya rasanya semakin sedap anda mesti guna ketam yang masih segar.
5 from 1 vote
Total Time 30 mins
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 6 orang
Calories 140 kcal

Ingredients
  

  • 3 ekor ketam disapu dengan kunyit
  • 4 biji kuning telur masin
  • 10 biji cili padi hiris
  • 5 ulas bawang putih hiris
  • 3 sudu besar butter
  • 2 batang serai ketuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 cawan minyak untuk menggoreng

Instructions
 

  • pertama, bersihkan ketam kemudian sapukan dengan kunyit dan goreng sekejap, selepas itu ketepikan.
    resepi ketam telur masin
  • sementara itu rebus telur masin hingga masak dan apabila sudah masak ambil kuning telurnya sahaja kemudian hancurkan atau lenyekkan.
    resepi ketam telur masin
  • next kita sedia bahan-bahan tumis, panaskan butter dalam kuali kemudian masukkan sedikit minyak masak supaya butter tidak hangus. selepas itu tumis semua bahan tumis seperti (bawang, daun kari, cili padi, dan serai) hingga harum.
    resepi ketam telur masin
  • apabila sudah harum masukkan susu cair bersama kiub pati ayam dan masak hingga mendidih atau menggelegak.
    resepi ketam telur masin
  • step seterusnya, masukkan kuning telur masin yang sudah di hancurkkan tadi dan kacau hingga rata. selepas itu masukkan ketam yang sudah di goreng dan gaul sebati.
    resepi ketam telur masin
  • last step, perasakan dengan gula dan garam kemudian biarkan hingga masak, apabila sudah masak masukkan dalam pinggan siap untuk dihidangkan.

Notes

Supaya rasanya lebih sedap gunakan ketam yang masih segar
Keyword Ketam Telur Masin

saya sendiri tak seberapa menggemari seafood tetapi suami dan anak-anak sangat suka makan hidangan seafood, bahkan apabila saya masak sotong atau ketam telur masin ini pasti minta tambah.

hidangan ini memang sedap dan sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa. tetapi apabila anda mesti berhati-hati apabila ada ahli keluarga anda yang mempunyai penyakit alahan masakan laut.

Tips Membersihkan Ketam

salah satu masalah apabila memasak hidangan seafood adalah bau hanyir kan?

untuk menghilangkanya soohmi mempunyai beberapa tips yang boleh anda cuba dibawah ini.

1. Buang Lendir Daripada Ketam

biasanya apabila ketam masih segar ianya terdapat lendir dan apabila lendir tak dihilangkan boleh pengaruh terjadap rasa dari ketam, untuk itu anda mesti betul-betul memastikan lendir bersih daripada ketam.

2. Basuh Ketam dengan Air yang Mengalir

jangan mencuci ketam dengan cara di rendam kerana boleh menyebabkan kemunculan bakteria, cara paling betul adalah membersihkan dibawah air yang mengalir dan jangan lupa untuk membersihkan bahagian tempurung juga kerana biasanya di tempat tersebut adalah yang paling kotor.

3. Sedikit Hancurkan Bahagian Capit dan Tempurung

apabila anda teringin rasa isi ketam yang lebih lazat anda boleh sedikit hancurkan bahagian capit dan tempurung supaya ketika dimasak bahan rempah boleh meresap kedalam daging.

4. Rebus Ketam

untuk menghilangkan bau hanyir pada ketam anda boleh rebus ketam selama 15 minit bersama dengan daun bay atau dengan serai hingga tempurung ketam berwarna orange.

itu dia resepi ketam goreng telur masin yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila bermanfaat sila share ye. jumpa lagi nanti diresepi sedap seterusnya dan happy cooking.

 

One Response

  1. Soohmi Fajria July 4, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda