Resepi Kuey Teow Ladna Simple Hanya 25 Minit [Sedap]

Selalunya mee menjadi pilihan apabila tak ada atau bosan makan nasi.

kali ini soohmi nak share resepi kuey teow ladna simple dan paling sedap yang pernah saya buat, bermodalkan bahan-bahan yang senang anda pun boleh ikut mencoba resepi ini di rumah.

ceritanya entah kenapa hari ini soohmi teringin sangat nak makan kuey teow, saya pun cuba pergi kat kedai untuk membeli kuey teow ladna yang harganya RM 7 sepinggan tu. tapi kerana saya datang pagi-pagi ternyata kedai belum bukak.

resepi kuey teow ladna

aduhai… macam mana ni.. hati benar-benar sudah teringin sangat makan hidangan ini. akhirnya keluar idea untuk membuat sendiri.

saya pun cuba cari resepinya di laman perkongsian yang ada di facebook, tetapi belum ada yang mengena selera. alhamdulillah tak memerlukan masa yang lama saya cari resepi yang benar-benar sesuai dengan selera saya yang di kongsikan daripada Norseha Othman.

Cara Membuat Kuey Teow Ladna Paling Sedap

selepas saya baca sekejap resepi tersebut ternyata hampir sama dengan kuey teow kungfu yang pernah saya kongsikan dahulu, bezanya hanya beberapa bahan yang digunakan dan ketika menyediakannya sahaja.

untuk kuey teow kungfu mee di salut dengan telur kemudian di goreng dahulu, sementara untuk ladna mee diperap dengan kicap manis, kicap masin, dan minyak bijan seterusnya telur langsung di campurkan dalam kuah.

resepi kuey teow ladna

selain dijual kat kedai biasanya hidangan ini juga disediakan di restoran Thai dan harganya tak lebih dari RM 10.

yang paling saya suka dari kuey teow ladna ini adalah kuahnya yang tidak muak kerana diletakkan cili padi di dalam kuah. selain itu, kuahnya juga berwarna sedikit kecoklatan kerana dicampur dengan sos tiram.

macam mana anda berminat untuk mencuba? sila tengok resepinya dibawah…

resepi kuey teow ladna

Resepi Kuey Teow Ladna

Soohmi Fajria
salah satu hidangan mee popular yang berasal dari negeri Cina ini sangat mudah dibuat, untuk bahan-bahanya tak mesti sama dengan resepi ini dan anda boleh berkerativiti mengikut selera masing-masing
5 from 1 vote
Total Time 25 mins
Course Main Course
Cuisine Chinese
Servings 4 orang
Calories 300 kcal

Ingredients
  

  • 1 bungkus kuey teow
  • 4 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih di ketuk
  • 2 biji telur
  • 1 ketul dada ayam potong kecil
  • 1 batang pokok sayur sawi potong
  • 1/2 batang lobak merah potong
  • sedikit fishcake potong
  • sedikit bunga kubis potong
  • 2 sudu besar kicap masin
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 3 cawan air biasa
  • 1 sudu kecik minyak bijan
  • 1 kiub pati ayam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit bancuhan tepung jagung

Instructions
 

  • pertama, perap kuey teow bersama kicap masin, kicap manis, dan minyak bijan selama lebih kurang 3 minit. selepas itu goreng sangai atau goreng tanpa minyak hingga masak kemudian angkat dan letakkan dalam mangkuk.
    resepi kuey teow ladna
  • next kita buat kuah, panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih hingga harum dan letakkan dada ayam yang sudah dipotong kecil, seterusnya tuangkan air dan masak hingga air mendidih.
    resepi kuey teow ladna
  • apabila kuah sudah mendidih masukkan fishcake, udang, sawi, lobak merah, dan bunga kobis kemudian biarkan sekejap hingga sayur agak layu. selepas itu masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam dan putih kemudian gaul rata.
    resepi kuey teow ladna
  • masukkan telur dan biarkan seketika hingga telur kembang, setelah itu masukkan sedikit bancuhan tepung jagung kemudian kacau rata. kuah dah siap!
    resepi kuey teow ladna
  • untuk menyediakanya letakkan mee dalam mangkuk kemudian tuangkan kuah diatasnya. 😆

Notes

kerana saya tak guna sos tiram untuk memekatkan kuahnya saya ganti menggunakan bancuhan tepung jagung.
Keyword Kuey Teow Ladna

semua hidangan yang berasaskan mee paling sedap apabila di makan panas-panas dan begitu juga dengan kue teow ladna ini. biasanya sajian ini dihidangkan untuk sarapan dan makan malam serta kuahnya yang panas sangat sesuai dimakan ketika cuaca sejuk atau ketika hujan.

mee ini lazimnya berwarna putih dan dibuat dengan menggunakan tepung beras, mee juga sangat popular di Asia sebagai hidangan pengganti nasi.

itu dia resepi yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila bermanfaat sila share ye, jumpa lagi nanti dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria July 4, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda