Resepi Kuih Bom Bijan Inti Kelapa 25 Biji [Sedap]

Anda suka kuih bom dan nak makan atau buat kuih bom?

anda berada di artikel yang betul kerana hari ini soohmi nak berkongsi resepi kuih bom bijan dan lebih istimewa saya guna inti kelapa.

resepi kuih bom inti kelapa

selain di panggil sebagai kuih bom rupanya ianya juga dikenali dengan nama kuih onde onde bijan, kuih ini memang salah satu antara kuih tradisi yang popular di malaysia.

biasanya ianya mudah di dapati di gerai-gerai atau kedai penjual kuih. tapi biasanya apabila anda beli kat gerai ianya hanya mengandungi inti yang sedikit kerana pembuat kuih lebih memfokuskan pada keuntungan dengan cara mengurangkan kuantiti bahan.

Cara Membuat Kuih Bom Bijan Inti Kelapa Sukatan Cawan

selain menggunakan inti kelapa biasanya ianya juga guna bahan lain seperti inti kacang hijau, inti kacang tanah, inti ikan dan untuk versi moden ianya dicampur dengan ubi keledek.

apabila anda teringin cuba versi moden yang guna keledek boleh tengok blog kak azie disini, untuk rasanya sangat sedap kerana saya pernah mencubanya.

blog ini dicipta kerana saya diilhamkan oleh blog azie kitchen, dahulu manakala teringin buat kuih muih dan saya tak tahu macam mana resepinya pasti saya tengok blog kak azie.

kembali ke resepi, saya memang menggemari kuih bom bijan ini kerana rasanya yang lembut di dalam dan rangup diluar kemudian rasa inti kelapanya yang manis sangat sesuai di lidah saya.

biasanya, saya kerap membuat kuih bom bijan ketika bulan puasa sebagai hidangan juadah berbuka puasa dan apabila hari biasa saya menyediakanya untuk sarapan atau hidangan minum petang bersama keluarga.

kuih ini memang sedap apabila dimakan panas tak seperti kuih tepung pelita yang sedapnya apabila dimakan ketika ianya sejuk.

selain resepi soohmi juga nanti akan share tips membuat kuih bom bijan supaya ianya menjadi dan lebih sedap, jadi sila baca resepi ini untuk beberapa minit dan berikut resepinya untuk anda.

resepi kuih bom inti kelapa

Resepi Kuih Bom Bijan Inti Kelapa

Soohmi Fajria
kuih ini adalah salah satu kuih tradisi yang popular di kalangan rakyat melayu, biasanya ianya dihidangkan untuk sarapan dan minum petang serta lebih sedap dimakan panas-panas. pada resepi ini soohmi guna inti kelapa tapi anda boleh berkreativiti dengan guna inti kacang hijau atau inti ikan.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr
Course Side Dish
Cuisine Melayu
Servings 25 biji
Calories 108 kcal

Ingredients
  

Bahan Kulit

  • 2 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan air
  • bijan secukupnya

Bahan Inti

  • 1 biji kelapa parut ambil putihnya sahaja
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • 1 cawan gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air

Instructions
 

  • pertama kita buat inti kelapa dahulu, mula mula cairkan gula bersama air dan daun pandan di dalam periuk. apabila gula sudah cair masukkan kelapa parut dan kacau hingga ianya agak kering.
    resepi kuih bom inti kelapa
  • selepas itu, masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati kemudian sejukkan sekejap. apabila sudah sejuk bentukkan menjadi bulatan sebesar guli. ulangi proses hingga semua adunan habis.
  • next kita buat kulit, siapkan bekas dan satukan tepung gandu, tepung pulut dan sedikit garam. sementara itu, kacau gula dengan air hingga gula larut kemudian tuangkan kedalam tepung dan gaul hingga ianya menjadi doh.
    resepi kuih bom inti kelapa
  • selepas itu ambil sedikit doh dan leperkan kemudian ambil inti yang sudah di bulat-bulatkan tadi. selepas itu letakkan inti tutup dan gentel bulat.
    resepi kuih bom inti kelapa
  • step seterusnya, golek-golekkan diatas bijan dan gentel lagi supaya bijan melekat kuat pada kuih bom, ulangi proses hingga semua adunan habis.
  • selepas itu masukkan dalam peti sejuk bahagian Chiller semalaman (ini supaya mengelakkan kuih meletup semasa di goreng)
    resepi kuih bom inti kelapa
  • seterusnya, panaskan minyak dalam kuali dan goreng kuih dengan api sederhan hingga ianya keperangan atau masak. selamat mencuba.

Notes

  1. inti kelapa lebih sedap apabila ianya basah sedikit jadi ketika buat inti kelapa jangan terlalu kering ye.
  2. ramai yang bertanya kepada saya bagaimana mengelakkan kuih meletup semasa di goreng dan tipsnya mudah anda hanya perlu simpan dalam peti sejuk semalaman kemudian goreng dengan api sederhana dan jangan terlalu lama.
Keyword Kuih Bom Bijan

Tips Membuat Kuih Bom Bijan Sedap

cara buat kuih bom bijan ini memang mudah tinggal campur bahan kemudian buat intinya juga kemudian golek-golekan diatas bijan dan goreng.

tetapi supaya ianya menjadi dan betul-betul sedap pasti punya tipsnya tersendiri dan dibawah ini adalah tips yang saya ambil dari pengalaman saya sendiri ketika buat kuib bom.

resepi kuih bom inti kelapa

1. supaya mengelakkan ianya meletup semasa di goreng, ketika anda sudah menggolek-golekan diatas bijan jangan langsung di goreng tetapi masukkan dalam peti ais semalaman. biasanya banyak orang yang tak sabar atau tak tahu mengenai hal ini dan langsung di goreng.

2. supaya bijan lebih melekat ketika di golek-golekan boleh spray dulu guna air nanti ianya lebih melekat kuat dan mengelakkan tertanggal semasa di goreng.

3. supaya hasilnya nampak cantik goreng dengan api sederhana sahaja dan jangan terlalu lama selama lebih kurang 5 minit.

4. supaya inti terasa lebih sedap jangan masak hingga kering tapi sedikit basah sahaja nanti pasti rasanya lebih sedap.

itulah resepi kuih bom bijan inti kelapa yang soohmi kongsikan hari ini bagaiamana mudah sahaja kan untuk membuatnya?

apabila bermanfaat sila share ye dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 26, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda