Anda menggemari kuih tradisional?
bila betul, mujurlah sebab hari ini soohmi nak berkongsi kuih tradisional iaitu resepi kuih getas. kuih ini mempunyai 2 nama, ada yang panggil dia getas dan ada pula yang panggil dia gegetas.
biasanya kuih ini kerap disediakan sebagai hidangan kuih raya walaupun tak sepopular kuih tradisonal lainya seperti tepung pelita dan butir nangka tetapi kuih ini mempunyai penggemarnya tersendiri.
kuih ini mempunyai rasa yang sangat unik kerana rasanya yang berlemak dan manis di lidah kemudian rasa kelapa parut yang rangup memang sangat sesuai dijadikan sebagai snek menenami minum teh panas kala bersantai bersama keluarga.
soohmi sendiri memang penggemar kuih tradisional, tetapi untuk kuih getas soohmi tak seberapa gemar, kuih ini lebih digemari oleh suami dan anak-anak.
Resepi Kuih Getas Kelapa Pandan Sukatan Cawan
sebenarnya saya sudah lama tak menyediakan kuih ini tetapi entah kenapa semalam suami berkata dia teringin makan kuih getas.
saya pun cuba mengingati resepi yang dulu ibonda pernah ajar semasa saya gadis dahulu, alhamdulillah ternyata saya masih ingat bahan-bahannya.
cara membuat kuih getas ini sangat mudah kerana hanya memerlukan bahan yang tak seberapa banyak, selain itu bahan-bahanya pun mudah didapati seperti tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, dan daun pandan.
untuk menyediakanya senang je cuma uli, gentel, dan goreng kemudian di sira dengan air gula. dah siap!
semasa makan kuih getas bersama suami semalam entah kenapa saya teringat masa-masa sewaktu saya kecil dahulu sebab kuih ini kerap dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga saya dahulu.
sesiapaun anda boleh mencuba resepi yang saya kongsikan ini kerana sangat mudah dan hanya memerlukan sedikit masa sahaja untuk menyediakanya.
jom kita layan resepinya dibawah….

Resepi Kuih Getas
Ingredients
- 2 cawan tepung pulut
- 1 cawan kelapa parut
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
- air secukupnya
- minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sira Gula
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air biasa
- 1 helai daun pandan
Instructions
- siapkan bekas kemudian masukkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, dan garam kemudian gaul hingga rata.
- selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh menjadi lembut. tetapi, ingat jangan masukkan banyak air sebab ianya nanti menjadi terlalu lembik dan apabila kurang air terlalu keras.
- step seterusnya ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut selera masing-masing. nak bulat ke lonjong ke atau leper ke mengikut suka korang.
- panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng kuih yang sudah dibentukkan tadi hingga masak atau kekuningan. selepas itu angkat dan ketepikan sekejap.
- next time kita menyediakan gula, campurkan air, gula, dan daun pandan kemudian masak hingga mendidih dan pekat. selepas itu masukkan kuih yang sudah digoreng tadi lepas itu gaul sekejap hingga rata. dah siap 😋
Notes
- semasa memasukkan air ke dalam doh mesti sedikit sedikit supaya mengelakkan dia terlalu lembik atau terlalu keras.
- supaya mengelakkan meletup semasa digoreng anda boleh cucuk dengan garfu selepas bentuk-bentukkan kuih.
- semasa sira gula anda mesti perhatikan betul-betul sebab apabila tersilap teknik boleh tak jadi sira gula tu, caranya pastikan air betul-betul mendidih naik buble-bubble kecil dan berwarna pekat.
biasanya apabila bulan puasa kuih ini kerap dihidangkan untuk para tetamu. semasa bulan ramadan lepas saya kerana saya tak seberapa menggemari kuih ini saya lebih suka menyediakan kuih tepung pelita sebab boleh dijadikan sebagai hidangan juadah berbuka puasa.
selepas saya baca-baca kat internet ternyata selain dikenali sebagai kuih getas ternyata kuih ini juga dikenali sebagai kuih kemplang. biasanya memang kuih ini dibuat menggunakan tepung beras dan lebih popular dibentuk sedikit bujur.
yang sangat saya suka dari kuih ini adalah selain rasanya yang berlemak manis juga terasa lembut dan kenyal memang sangat sesuai dinikmati sebagai makanan ringan bila-bila masa untuk seisi keluarga.
apabila anda penggemar kuih tradisi saya rekomenkan mencuba juga resepi kuih lopis kerana sangat sesuai dihidangkan sebagai hidangan juadah berbuka puasa. selain itu, biasanya kuih ini ramai dijual di bazar ramadan.
itulah resepi kuih getas yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila resepi ini bermanfaat sila share ya atau bantu saya dengan memberikan star rating dengan dengan cara pilih 1 – 5 star kemudian tulis komen anda.
jumpa lagi nanti di resepi sedap berikutnya dan happy cooking.
thank my sister for this recipe