Resepi Kuih Keria Keledek Oren | 20 Biji Cuma 30 Minit

Anda teringin makan atau cuba buat kuih keria sendiri?

anda berada di artikel yang betul kerana hari ini soohmi nak berkongsi resepi kuih keria. kuih ini selain di panggil dengan keria dia juga punya nama lain iaitu cucur keria.

biasanya ia dihidangkan untuk minum petang dan majlis-majlis tertentu, selain daripada itu kuih ini sudah menjadi kuih tradisi melayu yang mempunyai penggemarnya tersendiri.

resepi kuih keria keledek oren

hidangan ini dibuat menggunakan ubi keledek sebagai bahan utamanya kemudian dicampur tepung dan gula selepas itu di sira menggunakan air gula seperti kuih lopes yang pernah soohmi kongsikan dulu.

dahulu sebelum resepi kuih keria antarabangsa di Melaka Popular kuih ini sebenarnya sudah sedap dan menjadi kegemaran sebagian masyarakat malaysia.

apa yang membezakan kuih keria biasa dengan keria anatarabangsa melaka?

sebenarnya bezanya hanya pada proses sira sahaja kerana di melaka ianya menggunakan sira gula melaka sedangkan keria biasa menggunakan sira gula putih.

Cara Membuat Kuih Keria Lembut Sukatan Cawan

biasanya kuih keria dibuat menggunakan tepung gandum kan?

tetapi pada resepi soohmi kali ini sedikit istimewa kerana saya tak guna tepung gandum. sebab kuih keria ini saya buat supaya bebas gluten.

resepi ini tercipta kerana mak mertua saya yang menghidap eczema dan doktor merekomenkan untuk menjauhkan diri daripada makanan yang mengandungi gluten seperti tepung gandum. untuk gulanya juga saya tak sira guna gula seperti biasanya sebab fasa alahan pada gula juga.

apabila anda atau ada ahli keluarga anda yang mempunyai penyakit eczema resepi ini sangat sesuai untuk anda cuba kerana semuanya boleh makan.

selain daripada itu resepi ini tidaklah sukar kerana hanya memerlukan masa 30 minit sahaja dan sesiapa sahaja boleh ikut sediakan hidangan ini.

jom kita layan resepinya dibawah…

resepi kuih keria keledek oren

Resepi Kuih Keria Keledek Oren

Soohmi Fajria
kuih ini merupakan kuih tradisi melayu yang popular dan kerap dihidangkan untuk minum petang dan majlis. selain daripada itu resepi ini bebas gluten sangat sesuai untuk anda yang teringin cuba resepi yang sedikit berbeza daripada yang ada di laman perkongsian internet.
4 from 1 vote
Total Time 30 mins
Course Side Dish
Cuisine Melayu
Servings 20 biji
Calories 90 kcal

Ingredients
  

  • 4 biji keledek oren saiz sederhana
  • 2 1/8 cawan tepung beras
  • 1/8 cawan tepung ubi kayu
  • 1/8 cawan tepung jagung non gmo
  • minyak secukupnya untuk menggoreng keria

Bahan Salutan Sira

  • 1/2 cawan gula tebu organik
  • 1/2 cawan air biasa

Instructions
 

  • mula-mula cuci ubi keledek oren hingga bersih kemudian buang kulit dan potong kecil-kecil. selepas itu rebus dalam periuk selama lebih kurang 10 minit atau hingga empuk.
    resepi kuih keria keledek oren
  • step seterusnya apabila sudah empuk tapiskan airnya dan lenyek hingga ubi menjadi lumat. apabila sudah lumat masukkan tepung beras, tepung jagung, dan tepung ubi kayu. selepas itu sebatikan hingga menjadi doh yang lembut.
    resepi kuih keria keledek oren
  • ambil sedikit doh kemudian bentukkan menjadi bulat serta jangan lupa lubangkan bahagian tengahnya ye, ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis.
  • panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga masak atau hingga warnanya keperangan.
    resepi kuih keria keledek oren
  • Next untuk salutan sira, masukkan gula dan air kedalam kuali kemudian masak hingga pekat selama lebih kurang 5 minit tetapi ingat untuk sentiasa kacau ye. kemudian masukkan kuih keria dan kacau sebati. dah siap untuk dihidangkan😋

Notes

  1. untuk mengetahui ubi keledek oren sudah empuk atau belum semasa direbus boleh guna garfu dengan cara di cucuk.
  2. selain guna ubi keledek oren anda juga boleh guna ubi keledek ungu.
  3. apabila anda teringin buat kuih keria macam biasa tu boleh menggunakan tepung gandum dan tak perlu letak tepung beras, tepung jagung, dan tepung ubi kayu.
Keyword Kuih Keria

apabila anda ketandusan idea untuk untuk minum petang atau ingin terujakan mak mertua atau ingin menyenangkan hati ahli keluarga

resepi ini sangat sesuai untuk anda cuba dan apabila anda menggemari kuih tradisional boleh mencuba resepi tepung pelita sukatan cawan yang saya kongsikan beberapa hari lepas.

untuk menghasilkan kuih keria yang sedap, anda mesti guna tepung gandum secukupnya sahaja dan mesti sukat betul-betul. sebab apabila terlebih guna tepung terutamanya apabila anda guna tepung gandum ianya nanti akan menjadi keras dan tak sedap.

biasanya apabila anda beli kuih keria kat warung atau kedai kemudian rasanya keras sudah bisa di pastikan ianya guna tepung gandum terlalu banyak.

selain daripada itu, supaya menghasilkan kuih yang lembut ubi keledek mesti direbus dahulu dan pastikan ianya benar-benar empuk kemudian ubi di tumbuk atau di lenyek hingga lembut.

resepi kuih keria keledek oren

saya ada sedikit tips untuk anda apabila anda teringin sira gula biasa yang menggunakan gula putih dan teringin mengelakkan gula menjadi likat tidak berketul. pertama, hancurkan gula putih bersama air kemudian masukkan 1 sudu tepung gandum.

nantinya akan membuat ianya menjadi kering dan nampak cantik.

itulah resepi kuih keria yang soohmi kongsikan dengan menggunakan ubi keledek oren dan apabila resepi ini bermanfaat sila share ya. jumpa lagi nanti dan happy cooking.

One Response

  1. Azizah June 21, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda