Anda suka kuih lopes?
apabila anda adalah salah satu orang yang menggemari kuih tradisional ini maka anda berada di entri yang betul kerana hari ini saya nak berkongsi resepi kuih lopes yang sangat mudah dan sedap.
biasanya, untuk membuat kuih ini ianya memerlukan daun pisang kan?
tetapi sejak masa kini susah nak dapat daun pisang sayapun cuba try tanpa daun pisang, soohmi masak terus hanya guna loyang je. walaupun ini adalah kuih tradisi tapi kita buat cara moden dan rasanya tetap sedap 🤭.
memang kalau di kampung daun pisang ni senang boleh ambil banyak dari pokok. tapi sekarang kerana banyak yang jual nasi lemak dan kuih muih untuk dapat daun pisang kat pasar pun susah sebab ianya cepat habis.
Resepi Kuih Lopes Tiga Segi Sukatan Cawan Mudah dan Cepat
saya memang menggemari kuih tradisional, bahkan semalam saya sudah mencuba buat beberapa kuih tradisional seperti kuih tepung pelita dan apabila anda teringin tahu resepinya klik pautan tersebut.
biasanya hidangan seperti kuih atau biskut sangat popular apabila mendekati bulan ramadan. soohmi pun tak tahu kenapa kuih lopes ini juga popular ketika bulan ramadan padahal anda boleh membelinya di hari-hari biasa kerana banyak yang jual.
memang kuih raya yang dijual tu pasti sedap tapi soohmi fikir buatan sendiri lagi jauh sedap sebab guna air tangan sendiri kan? 🤭
lebih-lebih musim PKP ni yang belum berakhir kita mesti jaga kesihatan betul-betul termasuk dari mana makanan yang kita makan, betul kan?
apabila anda tak tahu macam mana resepinya boleh ikut resepi kuih lopes yang saya kongsikan ini, memang sedap tau. rasanya yang lembut kemudian bercampur dengan rasa lemak manis membuat sesiapa sahaja terliur di tekak.
serius anda akan rugi kalau tak cuba resepi ini, jom kita layan resepinya dibawah👇

Resepi Kuih Lopes Tiga Segi
Ingredients
- 2 cawan beras pulut susu
- 2 cawan santan cair
- 4 titik pewarna hijau
- 1/2 cawan air pandan air hasil daun pandan kisar
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh air kapur
Bahan Kelapa Parut [sebatikan dan kukus selama 10 minti]
- 1 biji kelapa parut ambil putihnya sahaja
- secubit garam
Bahan Air Gula
- 2 cawan gula merah
- 2 sudu besar gula
- 1 cawan air biasa
Instructions
- mula-mula cuci beras pulut hingga bersih kemudian rendam dengan air dan masukkan pewarna hijau dan air kapur. selepas itu rendam selama lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan.
- siapkan pengukus, kemudian masukkan beras pulut yang sudah di rendam tadi kedalam pengukus dan kukus selama lebih kurang 20 minit.
- sementara itu, kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air kemudian tapiskan airnya dan ketepikan sekejap
- step seterusnya, keluarkan pulut dan bubuh kedalam belas kemudian masukkan air pandan, garam, dan santan cair. selepas itu kukus kebali selama lebih kurang 30 minit. apabila sudah masak gaul hingga sebati.
- siapkan loyang atau bekas 4 segi dan alaskan dengan plastik (anda boleh guna daun pisang apabila ada) kemudian masukkan pulut kedalam bekas dan tekan padat-padat. selepas itu biarkan hingga ianya sejuk.
- sekarang kita buat kelapa parut, campurkan kelapa parut dan secubit garam kemudian kukus selama lebih kurang 10 minit (ianya dikukus supaya boleh tahan lama)
- untuk air gula, siapkan periuk kemudian masukkan semua bahan air gula kedalam periuk dan masak hingga mendidih. apabila sudah mendidih kecilkan api dan masak hingga likat. matikan api dan sejukkan.
- apabila kuih sudah sejuk potong kuih mengikut selera masing-masing (saya potong bentuk tiga segi).
- untuk menyediakan, gaulkan kuih yang sudah dipotong tadi bersama kelapa parut hingga rata dan siap dihidangkan bersama air gula 😍
Notes
awal mula saya menyediakan kuih ini adalah kerana suami saya. suami saya bukanlah penggemar kuih lopes, biasanya ia lebih menggemari kuih tradisonal lain seperti kuih butir nangka.
tetapi entah macam mana dia kata ingin makan kuih lopes tetapi sebab masa itu saya belum tahu cara buat kuih ini saya pekakkan telinga je.
kemudian semalam ibonda mertua beri beberapa cawan beras pulut susu dan saya tiba-tiba teringat permintaan suami saya itu. akhirnya saya cuba cari resepinya kat laman perkongsian internet dan baca semua tiap resepi yang saya temukan.
alhamdulillah walaupun kali pertama saya buat langsung berjaya dan suami kata rasanya sedap dan rasa puas hati boleh bahagiakan keluarga.
itulah cara buat kuih lopes tiga segi sukatan cawan yang saya kongsikan hari ini, apabila resepi ini bermanfaat sila klik star rating, komen, dan share ya.
jumpa lagi nanti di soohmi.com dan happy cooking.
sangat sedap, izin share…