Resepi Kuih Penyaram Sukatan Cawan Cuma 15 Minit

Berbicara mengenai kuih memang tak ada habisnya, lebih-lebih kuih tradisi yang berasal dari leluhur kita. hari ini soohmi nak berkongsi kuih tradisi yang kerap dihidangkan untuk majlis-majlis tertentu iaitu kuih penyaram.

sebenarnya, kuih ini mempunyai banyak nama kerana ada yang panggil dia dengan cucur jawa dan ada yang panggil penjaram atau pinjaram dan soohmi sendiri lebih suka panggil dia penyaram.

resepi kuih penyaram sukatan cawan

kuih ni merupakan kuih tradisi masyarakat Bajau dan saling berkait rapat dengan masyarakat yang tinggal di daerah Semporna.

selain daripada itu, hidangan ini biasanya dibuat dengan menggunakan tepung beras, tepung gandum dan gula apong. serta anda kerap menjumpainya di Majlis kesyukuran dan majlis doa selamat.

Cara membuat Kuih Penyaram Lembut Sukatan Cawan

biasanya kuih penyaram ini berwarna coklat kehitaman kan?

itu di karenakan ianya menggunakan gula apong sehingga warnanya macam itu. tetapi pada resepi kali ini soohmi nak berkrativiti supaya anti mainstream daripada kuih penyaram yang biasa anda lihat di laman perkongsian facebook atau dari kawan-kawan blogger.

resepi kuih penyaram sukatan cawan

Imej Perisa Pandan Jenama Koepoe

pada resepi ini soohmi guna perisa pandan supaya warna dia menjadi hijau cantik dan untuk menggantikan rasa manis daripada gula apong soohmi menggantinya dengan guna gula biasa.

pasti anda ingin tahu kan macam mana cara saya buat kuih ini? jom kita tengok resepinya dibawah…

resepi kuih penyaram sukatan cawan

Resepi Kuih Penyaram

Soohmi Fajria
kuih ini adalah salah satu antara kuih tradisi yang berkait rapat dengan masyarakat semporna tetapi untuk resepi ini soohmi guna perisa pandan supaya warna dia menjadi hijau dan lebih senang kerana saya guna sukatan cawan.
5 from 1 vote
Total Time 15 mins
Course Side Dish
Cuisine Melayu
Servings 4 orang
Calories 256 kcal

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula biasa
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan air suam
  • perisa pandan jenama koepoe

Instructions
 

  • mula mula ayak tepung gandum kemudian masukkan tepung beras, gula, air suam, dan perisa pandan. selepas itu gaul hingga sebati.
  • step seterusnya blender adunan kemudian tapiskan supaya adunan menjadi lembut dan halus. kemudian perap atau masukkan dalam peti ais semalaman.
  • keesokan harinya keluarkan kemudian biarkan biarkan di suhu luar dahulu kemudian kacau lagi dan apabila terlalu pekat boleh tambah sedikir air.
  • panaskan minyak dalam kuali kemudian ambil 1 senduk adunan dan goreng. tetapi pastikan minyak panas betul-betul dan guna api slow.
    resepi kuih penyaram sukatan cawan
  • goreng hingga bahagian bawah masak dan ianya timbul kemudian terbalikkan dan goreng hingga bahagian atas tadi masak. angkat dan toskan minyak boleh guna kertas serap minyak, ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis ye.
    resepi kuih penyaram sukatan cawan
  • dah siap, bahagian dalamnya seperti spons serta berbunga-bunga 😋

Notes

  1. apabila anda teringin buat kuih penyaram macam biasa yang berwarna coklat sila ganti gula biasa dengan gula apong dan tak usah letak perisa pandan.
  2. tak mesti perap semalaman dalam peti sejuk sebab ada juga yang perap 3-5 jam pun boleh.
  3. jangan makan berlebih apabila anda tengah berdiet sebab kuih ini mengandung banyak kalori.
Keyword Cucur Jawa, Kuih Penjaram, Kuih Penyaram

saya memang salah satu antara orang yang menggemari kuih tradisi dan sudah banyak resepi kuih tradisi yang saya kongsikan di blog ini.

dari semua kuih tradisi kuih tepung pelita adalah yang paling saya suka kerana sangat sesuai disediakan sebagai hidangan juadah berbuka puasa serta rasanya yang sedap apabila dimakan sejuk-sejuk.

kuih penyaram memang popular dihidangkan untuk majlis-majlis tetapi saya tak seberapa menggemarinya kerana kurang sesuai dihidangkan untuk minum petang.

daripada kuih penyaram saya lebih menggemari kuih telaga emas sebagai menu hidangan minum petang kegemaran keluarga.

resepi kuih penyaram

Asal Usul Kuih Penyaram

kuih ini memang popular di kalangan masyarakat melayu dan tidak ada yang tahu pasti darimana asal dia sebenar. tetapi petikan dari wikipedia versi bahasa Indonesia kuih ini berasal dari Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.

dahulu banyak orang minangkabau mengembara ke brunei dan Malaysia Timur (Sabah) terutamanya etnik Bajau selepas itu mereka tinggal di wilayah tersebut hingga kuih ini dipanggil dengan nama penyaram.

tetapi anda tahu tak tradisi masyarakat bajau mengenai kuih penyaram?

dalam tradisi perkhawinan masyarakat bajau, pihak lelaki wajib membawa barang hantaran semasa meminang pihak perempuan dan diantara barang hantaran kuih penyaram adalah wajib ada sebanyak 300 buah.

itulah resepi kuih penjaram yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila resepi ini bermanfaat sila berikan star rating kepada resepi ini.

macam mana cara memberikan star rating?

pilih star 1 – 5 dibawah kemudian anda tulis komen nanti automatik star dari anda masuk ke sistem kami. jumpa lagi nanti di resepi sedap seterusnya dan happy cooking.

One Response

  1. Andy June 20, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda