Resepi Kuih Qasidah Untuk 4 Orang Guna Sukatan Cawan [Mudah]

Anda nak makan dan buat kuih qasidah?

anda berada di artikel yang betul kerana hari ini soohmi nak berkongsi cara membuat kuih qasidah yang amat mudah, lebih senang kerana saya guna sukatan cawan.

resepi kuih qasidah mudah

seperti biasa, entah kenapa kebelakangan ini soohmi kerap berkongsi kuih di blog ini terutamanya kuih tradisi, mungkin kerana pada bulan ramadan lepas saya kerap menyediakan kuih muih sebagai hidangan juadah berbuka puasa.

banyak resepi kuih raya yang boleh anda baca di soohmi.com, apabila anda tak tahu macam mana cari resepi di blog ini sila gunakan search atau pilih kategori diatas nanti akan tampil list resepi yang pernah saya tulis kat blog ini.

Resepi Kuih Qasidah Sukatan Cawan

selain di panggil sebagi qasidah ternyata kuih ini juga mempunyai nama lain iaitu kuih hasidah atau ghasidah. ianya adalah sejenis kuih tradisi yang popular di utara dan terengganu.

malangnya, kuih ini tak sepopular kuih tepung pelita atau kuih tradisi lainya kerana kita jarang tengok kuih ini dijual kat kedai atau gerai-gerai kuih.

mungkin beberapa tahun di masa hadapan kuih ini boleh hilang kerana semakin pupus.

untuk bisa menemukan kuih hasidah bisanya hanya ketika bulan ramadhan sahaja, anda boleh membelinya kat bazar ramadhan. padahal pada zaman dahulu kuih ini gemar dibuat tidak hanya ketika bulan puasa sahaja.

kuih ini mempunyai 2 versi yang pertama adalah dari utara kemudian yang satunya dari pantai timur terutamanya terengganu.

resepi kuih qasidah mudah

Bahan Kuih Qasidah

perbezaan kuih qasidah terangganu dengan negeri lain adalah dari bahan-bahan yang digunakanya, kerana ianya mempunyai rasa yang lebih berlemak dan berkrim, bahan utamanya adalah santan kemudian dicampur dengan pelbagai tepung, gula, dan minyak sapi.

pada resepi kali ini yang soohmi kongsikan adalah versi utara tapi sangat istimewa sebab ianya nampak berkilat dan berlemak, untuk membuatnya pun senang kerana saya guna sukatan cawan.

pasti anda sudah teringin cuba buat resepi ini kan? jom kita tengok resepinya dibawah…

resepi kuih qasidah mudah

Resepi Kuih Qasidah

Soohmi Fajria
kuih ini merupakan kuih tradisi klasik yang kerap anda temui ketika bulan ramadan, pada resepi ini saya guna versi utara dan bahan utamanya saya guna minyak sapi supaya rasanya lebih berlemak dan berkilat
4 from 1 vote
Total Time 20 mins
Course Side Dish
Cuisine Mediterranean
Servings 4 orang
Calories 150 kcal

Ingredients
  

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air biasa
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu teh air kapur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan gula pasir

Bahan Hiasan

  • 6 biji bawang merah
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • secubit garam

Instructions
 

  • pertama kita menyediakan bahan hiasan dahulu, mula mula mayang bawang kemudian campurkan dengan sedikit garam dan goreng hingga kekuningan. ingat gunakan api kecil supaya tak hangit.
    resepi kuih qasidah mudah
  • next kita buat kuih, campurkan semua bahan kecuali minyak sapi kemudian kacau hingga sebati. selepas itu masak dengan menggunakan api kecil sahaja dan ingat untuk sentiasa kacau sampai ianya berkilat dan pekat.
    resepi kuih qasidah mudah
  • step seterusnya, masukkan minyak sapi kemudian kacau dan masak lagi hingga ianya mendidih (nak tahu mendidih nanti ianya meletop letop).
  • siapkan loyang kemudian sapukan dengan minyak bekas menggoreng bawang tadi. lepas tu tuangkan kuih kedalam loyang dan ratakan permukaan kuih.
    resepi kuih qasidah mudah
  • terakhir, taburkan dengan bawang goreng dan sedikit minyak bekas menggoreng bawang tadi. biarkan ianya sejuk dan apabila sudah sejuk sila potong mengikut selera. dah siap untuk dihidangkan.

Notes

tujuan saya letak minyak sapi supaya rasanya lebih berlemak dan berkilat, apabila anda tak ada minyak sapi tak letak pun tak pe.
Keyword Kuih Qasidah

saat ini banyak sekali antara kuih tradisi yang terlupakan kerana terganti dengan pelbagai kuih moden yang berasal dari negeri barat. padahal kuih tradisi adalah warisan leluhur kita dan merupakan identiti kita sebagai masyarakat melayu.

kalau bukan kita yang memelihara pelbagai warisan tradisi dari leluhur, mesti siapa lagi?

sebab itulah saya buat soohmi.com, selain berkongsi resepi masakan moden. tujuan blog ini supaya boleh menjadi satu nota pelbagai masakan dan kuih muih tradisi warisan dari nenek moyang.

sehingga di masa hadapan blog ini boleh menjadi rujukkan dan media belajar bagi anak-anak supaya tetap memelihara warisan tersebut.

kembali ke resepi, saya memang salah satu antara orang yang menggemari kuih tradisi, biasanya saya suka membuat kuih tradisi ketika bulan ramadhan atau ada acara-acara tertentu. diantara banyak-banyak kuih yang pernah saya buat kuih qasidah ini adalah salah satu yang paling mudah seperti nak buat kuih getas.

sebab ianya hanya campur semua bahan kemudian masak selepas itu taburkan bawang goreng, dah siap. itulah resepi kuih qasidah yang soohmi kongsikan dan apabila bermanfaat sila share ye.

jumpa lagi nanti di resepi sedap seterusnya dan happy cooking.

One Response

  1. Nur Halizah June 23, 2020

Leave a Reply