Resepi Kuih Telaga Emas Cuma 25 Minit [Sukatan Cawan]

Diantara banyak resepi yang saya tulis di blog ini adalah kuih muih mempunyai entri terbanyak.

sebab saya memang gemar membuat kuih sendiri terutamanya apabila bulan puasa atau hari raya Aidil Fitri dan hari ini saya juga teringin berkongsi kuh tradisional iaitu resepi kuih telaga emas.

jika kita perhatikan betul betul kuih ini bentuknya seperti kuih nona manis kan, sampai ada yang menyatakan bahawa kuih ini adalah adiknya si nona manis.

resepi kuih telaga emas

apa yang istimewa dari kuih telaga emas?

kuih ini mempunyai kulit yang kenyal kerana terbuat dari tepung pulut kemudian intinya terasa manis dan lembut yang terbuat dari tepung gandum, santan, dan kastard.

memang sangat best apabila dimakan sejuk sejuk dan dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.

Cara Membuat Kuih Telaga Emas Sukatan Cawan

sebenarnya saya tak ada maksud untuk membuat kuih ini semalam.

ceritanya, kala itu saya tengah kemas almari kerana penuh dengan buku-buku semasa saya masih gadis dahulu. diantara banyak buku saya menemukan buku nota yang menarik perhatian saya kerana tertulis pelbagai resepi kuih tradisi.

kemudian kerana penuh dengan habuk saya bersihkan sekejap dan mulai membacanya. ternyata buku nota tersebut memang punya saya dahulu ketika teringin cuba-cuba buat kuih sendiri.

diantara banyak resepi yang ditulis resepi kuih telaga emas adalah yang membuat saya berminat. di buku tersebut untuk menyediakanya sangat mudah kerana cuma perlu beberapa bahan utama seperti tepung pulut, tepung gandum, dan tepung kastard.

saya tengok kat dapur ternyata saya tak punya tepung kastard… aduhai macam mana ini?

tak habis idea saya pun telefon suami untuk membelikan tepung kastard selepas dia pulang bekerja nanti. ringkasnya, beberapa jam kemudian semua bahan-bahan sudah lengkap dan saya mula buat kuih ini.

alhamdulillah ternyata menjadi dan sangat sedap, bahkan suami sampai request untuk buat lagi hidangan ini. untuk menyediakanya tak perlu masa yang lama kerana cuma 20 – 30 minit sahaja.

apabila anda teringin cuba juga sila tengok resepinya dibawah…

resepi kuih telaga emas

Resepi Kuih Telaga Emas

Soohmi Fajria
kuih ini merupakan salah satu kuih tradisi yang dihasilkan dari tepung pulut dan rasanya sangat berlemak serta kenyal memang sangat sesuai untuk minum petang bersama keluarga.
5 from 1 vote
Total Time 25 mins
Course Snack
Cuisine Melayu
Servings 4 orang
Calories 165 kcal

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air daun pandan
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • pewarna hijau

Bahan Bahan Inti

  • 2 cawan santan
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • pewarna kuning

Instructions
 

  • first time kita buat telaga dahulu, campurkan semua bahan (kecuali pewarna) selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit kemudian uli hingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan.
    resepi kuih telaga emas
  • step serusnya masukkan pewarna hijau kemudian gaul hingga rata. sementara itu kita siapkan acuan kemudian sapukan sedikit minyak pada acuan tersebut.
  • ambil sedikit doh kemudian bentukkan seperti telaga dan tekan serta ratakan. ingat jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. ulangi proses tersebut kemudian ketepikan sekejap.
    resepi kuih telaga emas
  • next kita buat inti, campurkan semua bahan inti kemudian kacau hingga semua bahan larut dan tapiskan. seterusnya tuangkan adunan kedalam kuih yang sudah di bentuk telaga tadi hingga habis.
    resepi kuih telaga emas
  • berikutnya kukus kuih selama lebih kurang 10 minit dengan menggunakan api sederhana sahaja. apabila sudah masak, angkat kemudian sejukkan dahulu sebelum keluarkan kuih daripada acuan. siap untuk dihidangkan 💛

Notes

untuk bentuk acuan boleh mengikut selera masing-masing, mau love macam saya, bulat ke, sangkar ke apa apa sahaja.
selain itu, anda juga boleh berkreativiti dengan guna warna selain hijau supaya nampak lebih cantik.
Keyword Kuih Telaga Emas

saya memang menggemari kuih tradisional, di blog ini anda boleh baca macam-macam kuih tradisi yang sudah saya kongsikan.

tapi saya lebih rekomenkan kuih tepung pelita kerana rasanya yang lembut seperti kuih telaga emas ini.

atau apabila anda teringin kuih tradisi yang berkuah serta salah satu antara orang yang menggemari nangka boleh cuba resepi kuih butir nangka yang saya kongsikan beberapa hari lepas.

resepi kuih telaga emas

sebenarnya sudah banyak yang berkongsi resepi kuih telaga emas tetapi hampir semua resepi yang saya temukan di laman perkongsian facebook atau dari blog kawan-kawan blogger hampir semuanya guna sukatan gram.

saya fikir sedikit pelik kerana tak semua daripada readers punya sukatan gram, untuk itulah saya mencuba menyediakan resepi-resepi guna sukatan cawan sahaja supaya anda senang apabila teringin ikut mencuba resepi saya.

hidangan ini sendiri apabila bulan puasa pasti ramai yang cari kerana saya tengok perangkaan kat Google Analytics naik hingga 300% semasa bulan puasa lepas.

itulah resepi yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila ada salah kata saya minta maaf kerana saya adalah new blogger dan apabila resepi ini bermanfaat sila share ya.

jumpa lagi diresepi sedap seterusnya dan happy cooking.

One Response

  1. filzah June 19, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda