Resepi Laksam Kelantan Original Untuk 4 Orang Cuma 1 Jam [Sedap]

Anda berasal dari negeri kelantan?

bila betul pasti anda orang kelantan atau pantai timur pasti kenal laksam kan, hari ini soohmi nak berkongsi resepi laksam kelantan yang sangat sedap dan mudah guna sukatan cawan.

sebenarnya laksam ni punya pelbagai versi ada laksam terengganu. laksam johor, laksam kedah tapi yang paling popular adalah laksam kelantan.

resepi laksam kelantan sukatan cawan

soohmi sendiri memang peminat masakan tradisi dan laksam adalah salah satunya, yang unik dari sajian ini ianya mempunyai rasa yang lembut dan licin di tekak kemudian terdapat ulam-ulaman segar seperti hirisan timun, taugeh dan kacang panjang.

selain guna ulam-ulaman diatas anda juga boleh berkreativiti dengan guna daun selom, daun kesum, dan bunga kantan.

Cara Membuat Laksam Kelantan Lembut Sukatan Cawan

Pantai timur terutamanya negeri kelantan memang tak ada keraguan lagi mempunyai pelbagai masakan yang sangat sedap, antara menu makanan yang popular dan menjadi pilihan ramai adalah nasi kerabu dan laksam.

dengan mempunyai rasa berlemak dan kepedasan cili hidangan ini memang menjadi kegemaran sesiapa sahaja tak kira umur, biasanya laksam disediakan untuk hidangan makan tengah hari dan bersantap malam. tapi untuk dijadikan sarapan sajian ini kurang sesuai kerana kepedasan cilinya.

sebenarnya soohmi tak ada idea nak update entry apa hari ini, selepas menyediakan serawa durian sebagai hidangan sarapan, soohmi hanya duduk melihat sreen laptop kemudian hanya membuka group perkongsian resepi di facebook.

resepi laksam kelantan original

pada waktu itu saya melihat ada ahli group yang membincangkan kat mana nak cari laksam yang sedap kerana bazar ramadhan yang tak ada tahun ini.

memang apabila bulan ramadhan laksam sangat mudah ditemui di bazar ramadhan, tapi kerana untuk menghalangi penjangkitan pandemik virus Covid-19 akhirnya bazar ramadhan di hilangkan tahun ini.

dahulu saya pernah buat laksam dan masih teringat resepinya hingga saat ini, saya pun cuba buat walaupun debar lain macam takut tak jadi. alhamdulillah menjadi dan sedap pulak tu, bahkan suami dan anak-anak minta buatkan lagi.

sila follow resepinya dibawah.

resepi laksam kelantan sukatan cawan

Resepi Laksam Kelantan

Soohmi Fajria
selain nasi kerabu, laksam adalah salah satu antara hidangan popular di pantai timur. dalam resepi ini soohmi guna ikan kembung sebagai bahan kuahnya dan juga terdapat pelbagi ulam-ulaman segar timun, taugeh, daun selom.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr
Course Main Course
Cuisine Melayu
Servings 4 orang
Calories 320 kcal

Ingredients
  

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan air panas
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air biasa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu minyak masak

Bahan Kuah

  • 10 ekor ikan kembung
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Sayur

  • 100 gram taugeh
  • 100 gram kacang panjang
  • 100 gram daun selom
  • 1/2 biji timun

Instructions
 

  • pertama kita nak buat laksam, campurkan semua bahan laksam kemudian kacau hingga sebati, selepas itu panaskan periuk kukus dan biarkan hingga air dalam periuk mendidih.
  • seterusnya siapkan pinggan IKEA kemudian sapukan minyak diatasnya dan letakkan diatas periuk pengukus tadi.
    resepi laksam kelantan sukatan cawan
  • ambil 1 senduk adunan dan tuangkan diatas pinggan IKEA kemudian kukus hingga laksam masak selama lebih kurang 5 minit biasanya ianya akan naik gelembung.
    resepi laksam kelantan sukatan cawan
  • apabila sudah masak, angkat dan gulung laksam macam membuat roti jala. ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis.
  • next kita buat kuah, mula-mula rebus ikan kembung kemudian pisahkan atau asingkan isi dengan tulang ikan. sementara itu kisar bawang besar, bawang putih, halia dan isi ikan kemudian masukkan dalam periuk.
    resepi laksam kelantan sukatan cawan
  • selepas itu, kisar tulang ikan bersama sedikit air kemudian tapiskan. tuangkan air tapisan tadi kedalam periuk (ingat untuk buang tulang ikan dan ambil air tapisnya sahaja).
    resepi laksam kelantan sukatan cawan
  • seterusnya masukkan santan dan kacau hingga sebati dengan guna api perlahan masak hingga kuah mendidih (ingat untuk sentiasa kacau untuk mengelakkan santan pecah minyak)

Cara Menyediakan

  • untuk menyediakanya sangat mudah, pertama potong laksam mengikut selera masing-masing kemudian cuci sayur dan hiris halus.
    resepi laksam kelantan sukatan cawan
  • kemudian masukkan laksam dan sayur yang sudah dipotong tadi kemudian tuangkan kuah diatasnya. dah siap

Notes

  1. supaya kuah menjadi lebih sedap harus gunakan ikan kembung yang masih segar.
  2. semasa memasak kuah ingat untuk kacau sentiasa selalu supaya untuk mengelakkan santan pecah minyak.
  3. untuk sayuran anda boleh berkreativiti dengan guna sayuran yang anda suka.
Keyword Laksam Kelantan

hidangan ini memang sangat popular dijadikan menu sarapan di negeri kelantan dan kini ianya bukan hanya terdapat di kelantan sebab sudah diperkenalkan sebagai salah satu menu sarapan di pelbagai negeri-negeri yang ada di Malaysia.

selain di panggil sebagai laksam rupanya ianya dipanggil dengan nama Laksei, sedangkan di terengganu ianya lebih dikenali dengan nama Laksang.

lazimnya ianya dibuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah ikan. orang kelantan lebih suka menyediakan laksam ini bersama belacan tapi saya sendiri lebih menggemari ianya dihidangkan bersama kuah lemak kuning dan daging.

itu dia resepi laksam kelantan asli yang soohmi kongsikan dan apabila resepi ini bermanfaat sila share ye. jumpa lagi nanti di resepi sedap seterusnya dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria July 2, 2020

Leave a Reply