Alhamdulillah sudah 1 minggu bulan Ramadan berlalu, mudah-mudahan kita sentiasa diberikan kesihatan sehingga boleh berjumpa dengan bulan ramadan tahun hadapan kembali.
hari ini soohmi ingin berkongsi resepi lempeng kelapa yang amat mudah disediakan. makanan ini adalah kegemaran ahli keluarga dan biasanya untuk mak dan ayah mertua menyediakan bersama sambal ikan bilis.
saya sendiri lebih menggemari makan lempeng kelapa bersama kuah asam pedas.
anak-anak punya selera masing-masing, hidangan pilihan mereka ialah mentega kacang, madu, atau susu pekat. sajian ini memang sedap digabungkan dengan makanan apapun. selain itu, lempeng kelapa dan roti adalah pilihan saya apabila jemu dengan nasi.
Cara Buat Lempeng Kelapa Lembut dan Sedap
Makanan ini juga dikenali sebagai Pek Nga dan sememangnya menjadi makanan tradisi di Kedah.
kenapa ianya dinamakan Pek Nga?
sebab ianya mendapat nama dari singkatan “Tempek atas Belanga”. di kedah Pek Nga biasanya di makan bersama kari ikan kembung dan ianya merupakan hidangan pembuka selera terutamanya bagi golongan sawah suatu ketika dahulu.
Imej Bahan-Bahan
Lempeng Kelapa kerap di jadikan makanan pengganti nasi dan yang membuat saya menggemari sajian ini adalah kerana rasanya yang lembut di mulut serta aroma kelapa yang kuat membuat saya tak jemu jemu makan.
selain itu, untuk membuatnya sangat ringkas dan cukup memuaskan hati.
pasti anda sudah tak sabar teringin cuba juga kan? jom kita layan resepinya dibawah.

Lempeng Kelapa Lembut
Ingredients
- Kuah Asam Pedas Optional
- 1 sudu makan butter
Bahan Bancuhan Lempeng
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 200 g kelapa parut
- 3 sudu makan gula perang
- 1/2 sudu teh garam halus
- 350 ml air kelapa
- 250 ml air biasa
- 1 biji telur
Instructions
- mula-mula campurkan semua bahan bancuhan kemudian satukan hingga sebati (pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat) macam gambar dibawah..
- step seterusnya panaskan kuali kemudian sapukan sedikit butter. ambil satu senduk besar bancuhan lempeng dan masak hingga kekuningan (ingat balikkan atas dan bawah lepas tu ulangi proses memasak hingga semua bancuhan habis)
- letakkan diatas pinggan dan lempeng kelapa ala ( Nama Anda ) siap dihidangkan 😘
Notes
selain di kenali sebagai Pek Nga, lempeng kelapa juga dikenali sebagai Lempeng Syur. makanan ini memang kerap dijadikan hidangan sarapan oleh orang melayu terutamanya Kelantan dan Terengganu. bila kita beri perhatian makanan ini serupa dengan Pancake cuma yang membezakanya adalah ianya menggunakan parutan kelapa sebagai campuran tepung.
tetapi apabila anda tengah berdiet dan teringin makan lempeng pastikan tak terbabas ya.
anda tahu tak?
ramai pesakit yang terkejut saat mereka datang ke klinik sebab bacaan gula masih tinggi padahal mereka mengaku telah mengurangkan pengambilan nasi dalam diet harian.
bila diselidik, rupaya mereka menggantikan nasi dengan lempeng kelapa dan mereka terkejut bila diberitahu kandungan kalori dalam tepung gandum sama dengan nasi.
tiga sudu besar tepung gandum ianya mempunyai kandungan 75 kcal atau sama dengan 1 senduk nasi. sedangkan 2 sudu besar kelapa parut mengandungi 45 kcal dan itupun belum dengan minyak atau butter.
petua dari saya apabila anda tengah berdiet sebaiknya tambah sayur-sayuran seperti brokoli supaya memberi rasa kenyang lebih lama.
tetapi memang apabila kita makan hanya sebiji tak kenyang rasanya 😅. paling kurang pun kita makan lempeng 3 biji barulah boleh kenyang.
saya sendiri semasa bulan Ramadan berat badan saya turun menjadi 45kg dari yang awalnya 50kg tetapi selepas 1 minggu bulan ramadan berat badan saya tiba-tiba naik 6kg. mungkin kerana banyak kuih raya kegemaran saya macam biskut makmur membuat saya tak boleh berhenti makan.
saya memang menggemari makanan ringan dan dalam sehari wajib ada makanan ringan yang saya makan entah itu entah itu puding atau pelbagai macam kek.
oke, itulah cara buat lempeng kelapa yang soohmi kongsikan untuk anda sampai jumpa dan Happy Cooking.
lembut dan sedap