Resepi Nasi Arab Mandy Ayam Untuk 4 Orang [Sedap]

Nasi adalah salah satu antara makanan utama hampir di seluruh dunia dan hari ini soohmi nak berkongsi sajian yang berasaskan nasi iaitu resepi nasi arab mandy ayam.

kebetulan soohmi semalam dapat set beras basmanthi dari makcik, katanya beliau boleh beli di pasaraya. sayapun bertanya kepada makcik beras ni sedapnya buat hidangan apa?

beliau merekomendasikan kenapa tak buat nasi arab sahaja dan kalau tak tahu cara buat nasi arab mandy beliau mahu ajar katanya.

resepi nasi arab mandy

sebelumnya saya memang tak pernah buat hidangan ini dan nasib baik makcik mahu membantu saya dalam menyediakan pelbagai bahan dan cara-caranya.

Resepi Nasi Arab Mandy Ayam Mudah

di penghunjung minggu sebegini memang sangat sesuai apabila kita mencuba buat pelbagai resepi baru. saya sendiri terkadang jemu dengan nasi yang itu itu sahaja.

apabila anda menggemari nasi arab, resepi ini sangat sesuai untuk anda cuba kerana sangat mudah dan bahan-bahanya murah serta senang untuk didapati.

Resepi Nasi Arab Mandy Ayam Mudah

apa yang saya suka dari sajian ini adalah aroma rempah ratusnya yang harum dan sangat menyelarakan. selain itu, tak setiap hari kita boleh makan nasi arab kerana tak banyak kedai atau restoran yang jual.

jadi apabila nak beli tak tahu mana nak cari dan anda mesti buat sendiri bila teringin makan. kali pertama saya tengok bahan-bahanya nampak macam rumit.

tetapi, selepas sekali cuba buat sendiri dan diajar makcik ternyata tak susah manapun. jadi apabila anda dirumah sahaja hari ini kenapa tak buat hidangan ini untuk keluarga.

jom kita tengok resepinya dibawah.

resepi nasi arab mandy

Resepi Nasi Arab Mandy

Soohmi Fajria
banyak hidangan nasi yang popular di kalangan rakyat malaysia tetapi nasi arab mandy mempunyai penggemarnya tersendiri, resepi ini saya guna beras basmathi dan pelbagai rempah sehingga rasa rempahnya amat kuat.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr 30 mins
Course Main Course
Cuisine Mediterranean
Servings 4 orang
Calories 450 kcal

Ingredients
  

Bahan Ayam Panggang

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 1/2 sudu rempah serbuk mandy boleh beli online
  • garam secukupnya
  • minyak sapi atau planta secukupnya

Bahan Nasi Mandy

  • 2 cawan beras basmathi
  • 2 ulas bawang besar hiris
  • 4 ulas bawang putih ketuk
  • rempah tumis mandy boleh beli online
  • 1 sudu besar serbuk rempah mandy boleh beli online
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar pewarna kuning optional
  • 2 sudu tomato puri

Bahan Sos Harah

  • 2 biji tomato
  • cili api jumlahnya mengikut selera
  • 3 ulas bawang putih
  • daun ketumbar secukupnya
  • 1/2 biji lemon
  • garam dan gula secukupnya

Bahan Salad

  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun
  • daun ketumbar secukupnya
  • 1 ulas bawang besar
  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam untuk salad
  • 2 batang cili hijau untuk hiasan
  • 1 sudu minyak zaitun untuk salad

Instructions
 

Kita Buat Ayam Panggang Dahulu

  • mula mula perap ayam dengan 1 1/2 sudu serbuk rempah mandy kemudian perasakan dengan sedikit garam dan biarkan selama lebih kurang 1 jam.
  • selepas itu bakar dengan air friyer dengan suhu 180 C selama lebih kurang 20 minit. tetapi apabila anda tak ada air friyer boleh guna oven dan bakar dengan suhu 180 C selama 45 minit.
    resepi nasi arab mandy
  • stepa seterusnya sapukan minyak sapi atau planta supaya ayam nampak cantik kemudian bakar lagi selama 10 minit (ingat jangan buang minyak ayam hasil bakar karena untuk menyediakan nasi nanti)

Sekarang Kita Buat Nasi Mandy

  • mula mula rendam beras selama 20 minit kemudian toskan airnya. kemudian panaskan minyak sapi atau planta kemudian tumis bawang putih dan bawang besar.
  • masukkan rempah tumis mandy (kulit kayu manis, lumi, buah cengkih, dan buah pelaga) dan tumis hingga harum. selepas itu masukkan 1 sudu besar serbuk rempah mandy dan sos puri.
    resepi nasi arab mandy
  • tungkan 2 cawan beras dan biarkan hingga mendidih. apabila sudah mendidih perasakan dengan sedikit garam dan pastikan air jangan kurang banyak. selepas itu masukkan beras dan tanak dengan api kecil supaya nampak cantik apabila dah masak nantinya.
    resepi nasi arab mandy
  • apabila nasi sudah masak, masukkan minyak hasil bakar ayam tadi dan gaul hingga rata. lepas tu masukkan pewarna kuning dan gaul sekejap, nasi dah siap.

Cara Menyediakan Sos Harah

  • campurkan bawang putih, daun ketumbar, dan tomato buang biji kemudian bland tapi jangan masukkan air ya. selepas itu perahkan 1/2 biji lemon dan perasakan dengan sedikit gula dan garam. sos harah dah siap

Cara Menyediakan Salad Arab

  • mula mula potong dadu mentimun dan tomato kemudian campurkan dengan yang sudah di raik halus dan bawang yang sudah diraik halus. selepas itu perahkan dengan 1/2 biji lemon.
    resepi nasi arab mandy
  • step seterusnya masukkan serbuk lada hitam, minyak zaitun dan perasakan dengan sedikit gula dan garam.

Notes

apabila anda tak ada air friyer boleh guna oven dan panggang selama 45 minit pada suhu 180 C. 
supaya nasi lebih cantik semasa mencampur minyak bakar ayam dengan nasi jangan gaul kuat-kuat.
memang nampak rumit tapi apabila anda dah mencuba sangat mudah, selamat mencuba
Keyword Nasi Ayam Mandy

selain nasi arab mandy ada hidangan asing lain yang saya menggemari juga iaitu nasi goreng cina. biasanya untuk membeli hidangan ini, ianya hanya tersedia di restoran arab.

makanan daripada negara manapun asalkan ianya sedap dan mudah dibuat saya fikir ia akan cepat popular di Malaysia. lebih-lebih apabila makanan tersebut halal kerana sebahagian masyakarat malaysia adalah muslim.

itulah resepi yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila bermanfaat sila share ya, terima kasih jumpa lagi nanti diresepi sedap berikutnya dan happy cooking.

One Response

  1. Aisyah June 17, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda