Resepi Puding Buih Berkuah Guna 5 Step [Mudah]

Puding adalah salah satu antara makanan ringan yang digemari sebahagian orang dan saya adalah salah satu antara orang yang menggemarinya.

kali ini saya nak berkongsi resepi puding buih berkuah yang tengah viral di laman media sosial, resepi ini sangat istimewa sebab saya guna serbuk agar-agar dan fruits cocktail. selain itu, supaya mempermudah anda apabila teringin cuba resepi ini saya guna sukatan cawan.

Apa puding buih itu?

ianya adalah makanan ringan yang dibuat dengan bahan utamanya putih telur kemudian di kacau hingga ianya berbuih.

Resepi Puding Buih Berkuah

pada hari yang terik memang sangat segar apabila makan makanan yang sejuk, selain aiskrim ada makanan lain yang boleh anda cuba iaitu puding.

dengan teksturnya yang lembut serta creamy menjadikannya sesuai sebagai pencuci mulut untuk menamatkan hidangan lazat anda.

Resepi Puding Buih Berkuah

saya sendiri adalah penggemar puding dan hampir semua puding saya sudah buat contohnya puding roti, puding, karamel, dan puding jagung. cara buat puding tersebut sudah saya tulis resepinya di blog ini tetapi masih dalam draf jadi tunggu sahaja ya.

Darimana Asal Puding?

puding berasal dari bahasa Perancis, iaitu Boudin yang berarti “sosej darah” dan dari Bahasa Latin yang berarti Botellus yang artinya “Sosej kecil”. kemudian orang orang Eropah mula menyebut Pudding sebagai hidangan daging yang di bungkus.

puding yang biasa kita tahu rasanya manis kan?

tetapi tahu tak, tidak semua puding rasanya manis kerana ada puding lemak (Suet Pudding) yang terbuat dari daging sapi kemudian di bungkus dengan adunan pai serta di campur dengan lemak lembu atau biri-biri.

kembali ke resepi, oke tidak perlu banyak cakap pasti anda sudha teringin cuba resepinya kan? jom kita layan..

Resepi Puding Buih Berkuah

Resepi Puding Buih Berkuah

Soohmi Fajria
puding adalah salah satu antara makanan ringan yang popular di masyarakat Malaysia, biasanya iaanya dihidangkan apabila cuaca yang terik kerana makanan ini sangat segar di tekak.
5 from 1 vote
Total Time 40 mins
Course Makanan Ringan
Cuisine Perancis
Servings 4 orang
Calories 185 kcal

Ingredients
  

  • 1 paket agar-agar strip lebih kurang 35gm
  • 3 biji telur ambil putih telurnya sahaja
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 3 cawan air masak
  • 1 tin susu cair
  • 2 cubit garam
  • 3-5 helai daun pandan

BAHAN KUAH

  • 1 tin cocktail rekomen hosen
  • 5 sudu susu pekat
  • 1 cawan air

Instructions
 

  • mula-mula masak agar-agar bersama 3 cawan air dan daun pandan kemudian masak hingga agar-agar larut. lepas itu masukkan gula bersama 2 cubit garam, kacau sebati dan tutup api.
    Resepi Puding Buih Berkuah
  • pukul putih telur bersama esen vanilla hingga kembang. apabila sudah kembang masukkan sedikit demi sedikit air agar-agar yang sudah di masak tadi kedalam buih telur. boleh guna pemukul telur atau sudu untuk mengacau dengan cara mengikut pusingan jam.
    Resepi Puding Buih Berkuah
  • seterusnya apabila sudah sebati boleh masukkan kedalam loyang kemudian sapu rata permukaannya.
    Resepi Puding Buih Berkuah

CARA BUAT KUAH

  • untuk menyediakan kuahnya sangat mudah, caranya campurkan semua bahan ( susu pekat, cocktail, air) kemudian masak diatas api perlahan dan kacau hingga mendidih. apabila sudah mendidih boleh matikan api.
    Resepi Puding Buih Berkuah
  • untuk menyediakanya, masukkan puding kedalam mangkuk kemudian tuangkan kuah diatasnya dan siap untuk di hidangkan.
    Resepi Puding Buih Berkuah

Notes

semasa mencampur buih telur dengan agar agar kacau dengan mengikut pusingan jam hingga terasa berat pukulan macam whipecream. selain itu, air agar agar sudah suam-suam dan tidak terlalu panas.
Keyword Puding Buih

untuk membuat resepi puding buih yang sedap sebenarnya sangat mudah yang harus anda lakukan adalah mendapatkan sukatan yang betul dari mencampur agar-agar, putih telur, dan susu air. apabila nisbah bahan tersebut sesuai anda boleh mendapatkan puding yang lembut.

secara umum, nisbah antara agar-agar, telur, dan susu adalah

  • susu 300ml – 500ml
  • putih telur 3 biji
  • dan 1 bungkus agar-agar

untuk agar-agar anda boleh guna jenama mengikut selera.

selain itu, selain mengikut resepi yang anda baca di laman perkongsian anda boleh berkreativiti sendiri dengan beberapa bahan, contohnya sirap, serbuk chocolate, dan selai kacang.

Resepi Puding Buih Berkuah

biasanya puding berwarna putih atau jernih tetapiĀ anda pun boleh mencuba puding dengan pelbagai warna dengan cara menambah pewarna makanan supaya lebih cantik atau anda juga dapat menggabungkan dua rasa puding buih kemudian menumpuknya.

itulah resepi puding buih berkuah yang soohmi.com kongsikan untuk anda, apabila resepi ini bermanfaat sila klik start rating kemudian komen ya, sampai jumpa dan Happy Cooking.

One Response

  1. Soohmi June 6, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda