Jumpa lagi dengan di soohmi.com, hari ini soohmi nak berkongsi salah satu kuih tradisi masyarakat melayu iaitu kuih pulut sekaya.
mungkin kuih ini terdengar asing di telinga anda dan sebahagian tak pernah mendengar sebelum ini, tetapi kuih ini lebih popular dengan nama kuih seri muka oleh masyarakat kedah. sedangkan untuk negeri kelantan kuih ini lebih dikenal dengan nama kuih pulut sekaya.
biasanya kuih ini dibuat dengan cara dikukus dalam loyang tapi apabila anda malas ketika memotongnya anda boleh guna acuan jadi anda tak payah memotong dan leih mudah untuk dinikmati.
selain dikenal dengan nama seri muka ternyata kuih ini mempunyai nama lain lagi iaitu kuih godok telur dan kuih tok aji serban di terengganu.
Cara Membuat Kuih Pulut Sekaya Sukatan Cawan
yang paling saya suka dari kuih ini adalah lapisan atasnya sangat lembut kerana ianya menggunakan telur sebagai bahan utamanya dan bila saya rasakan kelembutanya seperti kuih tepung pelita.
walaupun sebenarnya kuih ini mempunyai 2 versi kerana ada yang tak menggunakan pulut sebab bahagian atasnya hanya guna telur sahaja dan ada yang dilapisi telur dengan pulut.

Bahan Bahan Pulut Sekaya
resepi pulut sekaya yang saya kongsikan ini sangat istimewa sebab hanya menggunakan 7 bahan sahaja dan sesiapapun boleh cuba kerana saya juga guna sukatan cawan.
saya sendiri lebih menggemari masakan yang simple tapi tetap sedap kerana saya tak mempunyai masa untuk tetap berlama-lama di dapur. lebih-lebih apabila anda ikut bekerja juga pasti mengerti dengan apa yang saya katakan kan?
selain resepi saya juga akan memberikan tips juga nanti jadi pastikan anda membaca entri ini sampai habis, jom kita layan resepinya dibawah.

Resepi Pulut Sekaya
Ingredients
- 1 cawan beras pulut basuh dan rendam selama 30 minit
- 5 biji telur
- 2 keping gula melaka
- 1/2 kotak santan pekat
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- sedikit garam
- daun pandan optional apabila teringin bau wangi
Instructions
- masukkan garam kedalam santan pekat kemudian campurkan kedalam beras pulut yang sudah direndam tadi.
- selepas itu kukus pulut hingga masak tapi ingat untuk sentisasa kacau ye. apabila sudah masak kacau lagi hingga sebati. kemudian tekan dan mampatkan. selepas itu ketepikan sekejap
- next kita buat lapisan atas, masukkan air, gula melaka, dan gula pasir kemudian masak hingga gula larut. kemudian masukkan sedikit garam supaya rasanya balance dengan rasa manis itu.
- sementara itu pecahkan telur, kemudian apabila gula sudah sejuk campurkan dengan telur dan kacau hingga ianya sebati.
- step seterusnya, tuangkan diatas pulut yang sudah di masak tadi kemudian kukus hingga masak. apabila sudah masak angkat kemudian sejukkan dahulu.
- untuk menyediakanya potong mengikut selera dan masukkan kedalam pinggan, dah siap.
Notes
- apabila anda tak nak payah boleh guna blender semasa mancampurkan telur dengan gula tadi.
- seelum memotong pulut pastikan pulut sudah sejuk.
- apabila anda teringin supaya lebih wangi boleh guna daun pandan tetapi saya tak letak sebab tak ada 😅
Tips Membuat Pulut Sekaya Sedap
sesuai janji, saya juga nak memberikan tips apabila anda membuat kuih ini supaya lebih sedap dan menjadi.
pertama, biasanya ketika mengukus kuih ini air kukusan pasti menitik di permukaan kuih, untuk mengelakkan hal tersebut anda boleh guna balut penutup periuk menggunakan alumunium foil atau kain bersih.
kedua, supaya rasanya lebih lembut anda boleh rendam lebih lama lagi selama 2 jam nanti hasilnya lebih lembut dan lebih cepat sebati semasa di kacau.
ketiga, supaya lebih mudah semasa memotong sebaiknya biarkan sejuk dahulu kemudian potong dengan menggunakan pisau plastik yang sudah disapukan sedikit minyak nanti hasil potonganya akan nampak cantik.
kuih ini memang salah satu antara kuih tradisi yang popular di masyarakat malaysia, biasanya kuih ini kerap dihidangkan untuk minum petang dan majlis-majlis tertentu.
selain pulut sekaya saya kerap membuat kuih telaga emas sebagai hidangan untuk minum petang dan apabila bulan puasa lain cerita. kerana bulan ramadan kita berpuasa pasti teringin berbuka dengan yang sejuk-sejuk dan saya pasti membuat kuih butir nangka.
jadi bagaimana pendapat anda mengenai resepi kuih pulut sekaya yang saya kongsikan ini?
apabila bermanfaat sila share ya melalui icon media sosial dibawah, jumpa lagi nanti di resepi sedap berikutnya dan happy cooking.
nampak sedap terima kasih sudah berkongsi