Resepi Serawa Durian dengan Roti Jala untuk 8 Orang

Hi semua jumpa lagi dengan soohmi. entri kali ini saya tulis khas untuk anda penggemar durian.

apa lagi kalau bukan serawa durian.

sajian ini mempunyai banyak nama, ada yang sebut dia kuah durian, ada yang sebut pengat durian, dan ada yang sebut bubur durian.

apa-apa sahajalah anda mahu sebut dia apa tetapi pastinya hidangan ini sangat sesuai sebagai hidangan pencuci mulut.

resepi serawa durian

untuk resepi ini soohmi sediakan bersama roti jala, aduhai…sangat sedap. walaupun ini kali pertama saya buat serawa durian tetapi alhamdulillah ianya menjadi dan sangat sedap.. tak ape kan puji diri sendiri 😅.

sajian ini memang popular di kalangan rakyat Melayu terutamanya Malaysia. biasanya ia disediakan bersama pulut kukus, roti putih dan roti jala macam resepi saya ini.

Resepi Serawa Durian Paling Sedap Guna Santan Kotak

sebelum soohmi mula menulis resepinya, soohmi nak tanya siapa pernah makan serawa durian?

sedapkannnn?

resepi serawa durian yang saya kongsikan ini diilhamkan dari Azie Kitchen, terima kasih kak Azie sudah sudi menuliskan resepinya di blognya dan beliau adalah salah satu antara foodBlogger yang sangat saya hormati.

tetapi bezanya di blog kak azie dia kongsi bersama roti dan pulut. selain itu, untuk bahan-bahanya sudah saya ubah sesuaikan mengikut selera saya.

saya memang menggemari kuah durian ini kerana dia simple je untuk buatnya. pasti anda teringin cuba juga kan?

berikut resepinya untuk anda.

resepi serawa durian

Resepi Serawa Durian dengan Roti Jala

Soohmi Fajria
Ini adalah kali pertama saya buat bubur durian dan nasib baik menjadi. selain itu saya guna santan kotak dan gula merah sebab saya tak berapa gemar apabila ianya nampak terlalu perang. supaya lebih sedap saya juga sediakan bersama roti jala.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr
Course Soup
Cuisine Melayu
Servings 8 Orang
Calories 185 kcal

Ingredients
  

Bahan Roti Jala [BAHAN A]

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu kecil pewarna saya guna warna ungu
  • 1 cawan air biasa
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil garam

Bahan Serawa Durian [BAHAN B]

  • 6 ulas durian
  • 5 sudu gula merah
  • 1 kotak santan saya guna Ayam Brand
  • 1 cawan air
  • 1 sudu gula putih

Instructions
 

  • pertama kita buat roti jala dahulu, campurkan semua bahan A kemudian kisar hingga sebati. selepas itu tapiskan adunan dan masukkan kedalam botol untuk menjala
    resepi serawa durian
  • step seterusnya panaskan kuali non stick kemudian picit botol sambil memusing-musingkan supaya ianya menjadi bentuk jala.
    resepi serawa durian
  • biarkan hingga ianya masak lebih kurang 2-3 Minit kemudian masukkan dalam pinggan dan ulangi proses tersebut hingga semua adunan habis. seterusnya lipat dan gulung roti jala dan ulangi proses hingga semua roti habis.
    resepi serawa durian

Cara Memasak Serawa Durian

  • sekarang jom kita buat kuah durian, mula-mula panaskan air didalam periuk kemudian masukkan gula merah dan gula putih selepas itu masak hingga ianya mendidih.
  • apabila sudah mendidih masukkan durian bersama santan dan perlahankan api.
    resepi serawa durian
  • masak hingga kuah berbuih kecil atau hingga ianya mendidih. apabila sudah masak tuangkan kuah dalam pinggan dan sediakan bersama roti jala... emmmm sedap😍

Notes

semasa buat roti jala saya guna warna ungu tetapi anda boleh mengganti dengan warna mengikut selera masing-masing.
selain dihidangkan bersama roti jala biasanya ia popular dihidangkan bersama pulut dan roti.
Keyword Serawa Durian

saya memang salah satu anatara orang yang menggemari durian, selalunya apabila musim durian suami pasti membeli berbiji-biji durian yang dijual ditepi jalan tu.

cuma terkadang baru makan sebiji rasanya dah puas dan apabila dibuang sayang membazir rezeki dan akhirnya kuah durian adalah pilihan akhir untuk memanfaatkannya.

sebenarnya, untuk membuat hidangan ini ada pelbagai macam versi kerana ada yang tak suka letak gula atau sagu. semasa proses masak pun berbeza ada yang letak durian lebih dulu dan ada juga yang letak durian akhir sekali.

anda boleh mengikut mana mana yang anda anggap lebih mudah untuk anda cuba.

tetapi pastikan, gula larut dengan sempurna dan santan tidak pecah minyak supaya ianya menjadi dan sedap.

resepi serawa durian paling sedap

dulu sebelum saya tahu nama-nama sajian ini saya fikir pengat durian dan sarawa durian itu berbeza, jadi terujalah hati ini semasa akan diperkenalkan dengan pengat durian. sebab banyak orang cakap pengat durian sedap… pengat durian best… pengat durian makan sepinggan pun tak cukup.

hati saya sudah tak sabar ingin mencubanya sendiri dan teringin juga buat sendiri apabila menemukan resepinya. dannnnnn…. akhirnya tiba harinya dan saya tengok rupa pengat durian tu..rupa-rupanya pengat durian dan serawa durian itu sama je.

supaya anda boleh faham orang pantai timur macam terengganu, kelantan, dan pahang panggil sajian ini dengan pengat durian. sedangkan orang utara panggil dia serawa. 😅

oke, itulah resepi serawa durian paling sedap dan guna santan kotak yang saya kongsikan hari ini dan apabila resepi ini bermanfaat sila share ya.

jumpa lagi nanti dan Happy Cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 14, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda