Resepi Sos Dimsum Sedap + Siomay Ayam Homemade

Adakah anda tahu dimsum? ya betul ini adalah snek yang berasal dari Cina dan biasanya dihidangkan apabila tahun baru Cina.

hari ini soohmi.com ingin berkongsi resepi sos dimsum ayam homemade. makanan ini mungkin sedikit asing di telinga anda sebab ianya memang dikaitkan dengan masyakarat Cina.

sebenarnya, di negara asalanya iaitu Cina dimsum memiliki jenis yang sangat banyak kerana kek atau pembuka selera boleh dikata sebagai dimsum. tetapi di negara Non Cina dimsum memiliki jenis yang sedikit seperti Sushi Crabstick, Lumpia, Siomay, dan Bakpao.

Resepi Sos Dimsum Sedap

untuk membuat dimsum anda mesti sabar tetapi bukan kerana ianya tak boleh dibuat secara homemade karena ianya mempunyai banyak cara dalam membuatnya dari yang mudah hingga sukar.

dibawah ini adalah resepi yang saya buat semalam, rasanya sangat sedap tetapi ianya mudah dan simple sahaja. jom kita tengok resepinya..

Resepi Sos Dimsum

Resepi Sos Dimsum + Siomay Ayam

Soohmi Fajria
dimsum adalah salah satu antara snek popular yang berasal dari Cina, biasanya ianya dihidangkan apabila menghampiri tahun baru cina. resepi ini sudah saya ubah sesuaikan menurut selera saya jadi sudah berbeza dengan asalnya tetapi rasanya sangat sedap dan mudah dibuat.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr
Course Main Course, Sos
Cuisine Chinese
Calories 112 kcal

Ingredients
  

Bahan Sos

  • 7 biji cili padi
  • 3 biji cili merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu teh tepung jagung larutkan dengan sedikit air
  • 1/2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 150 ml air

Bahan Kulit

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan air panas

Bahan Inti

  • 300 gr ayam blend hingga halus
  • 2 biji lobak merah haluskan
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 batang daun bawang
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Instructions
 

Cara Buat Sos

  • rebus cili merah, cili padi, dan bawang putih hingga layu, apabila sudah layu masukkan kedalam mesin kisar kemudian kisar/ blend hingga halus atau sebati.
  • tuangkan 150ml air kedalam kuali kemudian masukkan cili dan bawang putih yang sudah di blend tadi. selepas itu masukkan gula, garam, air limau nipis, dan larutan tepung jagung.
  • seterusnya, rebus hingga mendidih dan apabila sudah mendidih angkat dan tapiskan airnya. sos sudah menjadi dan sekarang anda boleh membuat inti dimsum.

Cara Buat Kulit

  • campurkan tepung jagung, tepung gandum, dan air panas kemudian gaul atau uli hingga menjadi doh dan ianya tak melekat ditangan.
  • kemudian canai doh hingga nipis, ingat jangan nipis sangat dan jangan nebal sangat, sedang sedang sahaja.

Cara Buat Inti

  • mula mula blend ayam bersama bawang putih kemudian ketepikan. kemudian potong kecil (boleh guna alat pemarut) lobak merah simpan 1/4 bahagian untuk topping dan 3/4 untuk campuran inti dimsum.
  • siapkan bekas, kemudian masukkan tepung jagung, lobak merah, sos tiram, daun bawang, lada, garam, dan gula, kemudian gaul hingga sebati. apabila sudah sebati masukkan ayam yang sudah dikisar tadi dan gaul hingga sebati.
  • ambil kulit yang sudah anda siapkan tadi kemudian isi dengan adunan 1 sudu makan penuh selepas itu bentuk bulat, isi dengan topping lobak merah diatasnya.
  • apabila sudah siap semua boleh kukus selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak, angkat dan hidangkan bersama sos dimsum tadi.

Notes

untuk kulit anda boleh guna pewarna dan warnakan mengikut selera anda tetapi saya tak guna pewarna sebab tak ada, selamat mencuba.
 
Keyword Sos Dimsum

dimsum memang sangatlah sedap, cuba fikirkan rasanya lembut didalam dengan rasa ayamnya yang sangat lazat kemudian dicampur dengan sos dimsum yang terasa pedas manis membuat sesiapa sahaja yang membayangkanya terliur di tekak.

dimsum memang sangat sesuai dihidangkan bersama teh hangat dan dimakan bersama teman atau keluarga sementara berbual, saya sendiri kerap menghidangkan dimsum apabila suami tengah bercuti dan kami akan makan dimsum di depan TV.

diantara semua jenis dimsum, dimsum ayam adalah yang paling popular selain kerana ianya sedap dan mudah dibuat. ayam sememangnya sudah menjadi bahagian menu makanan di semua orang di dunia.

beberapa hari lepas saya sendiri sudah berkongsi pelbagai resepi berazaskan ayam, anda boleh simak dibawah ini contohnya ayam masak bali dan sup ayam.

Resepi Dimsum Ayam Sedap

oh, iya apabila masih bujang dan tengah bercuti apa yang anda lakukan?

mungkin anda pergi melancong , melawat ke rumah teman, atau hanya tidur. apabila anda hanya tidur kenapa tak cuba memasak?

bahagi mereka yang sudah berkahwin memasak adalah hal penting, apalagi apabila sudah mempunyai keturunan. tetapi untuk anda yang masih bujang lain cerita..

saya fikir hari cuti adalah hari yang sangat baik untuk mencuba hal baru. selain menambah hari cuti anda lebih menarik memasak juga boleh menambah pengetahuan. apalagi untuk anda kaum gadis mesti mempelajari cara memasak dari sekarang.

sehingga apabila anda sudah berkahwin boleh menghidangkan apa apa sahaja menu kegemaran suami..hihihi..oke, saya fikir sampai disini sahaja resepi sos dimsum yang saya kongsikan dan Happy Cooking.

One Response

  1. Soohmi June 2, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda