Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan Cuma 90 Minit [Sedap]

Selalunya apabila bulan ramadan pasti setiap orang sibuk membuat pelbagai macam biskut dan kuih raya. salah satu antara kuih raya yang popular di bulan ramadan adalah tepung pelita.

anda teringin nak buat dan kuih ini sendiri?

jangan risau kerana soohmi hari ini akan berkongsi resepi tepung pelita khas untuk anda readers soohmi.com, resepi ini sangat mudah dan boleh diikuti oleh sesiapa sahaja saya guna sukatan cawan semasa membuatnya.

resepi tepung pelita

kenapa soohmi lebih suka guna sukatan cawan?

sebab soohmi faham tak setiap dari kita mempunyai sukatan gram. kerana itulah resipi yang saya tulis di blog ini saya akan cuba guna sukatan cawan sahaja.

Cara Buat Kuih Tepung Pelita Sukatan Cawan Mudah

siapa yang tak tahu dengan kuih tepung pelita?

setiap kali bulan puasa kuih ini antara yang akan menjadi rebutan ramai di bazar ramadan, kuih ini sendiri merupakan kuih tradisional yang mempunyai penggemarnya sendiri semacam biskut makmur.

biasanya kuih ini disediakan selepas berbuka serta rasanya sangat manis dan berlemak membuat sesiapa sahaja teringin terus makan.

dulu dulu soohmi tak pernah buat kuih ini sendiri kerana tak tahu resepinya. tetapi kemudian saya mengikuti kelas cara membuat kuih tepung pelita ini. pengajarnya dinamakan Puan Ramnat Mat dan dia memang sudah berniaga bertahun-tahun akan kuih ini.

apabila bulan puasa dia boleh buat beribu-ribu bekas tepung pelita. saya do’akan makcik selalu diberikan kesihatan supaya boleh terus ajar resepi kepada kawan-kawan dan terus berniaga.

pasti anda teringin cuba resepi ini juga kan? sila tengok resepinya dibawah yang ditulis oleh kawan saya Azlina Hashim.

resepi tepung pelita

Resepi Kuih Tepung Pelita

Soohmi Fajria
tiap tiap tahun inilah antara kuih yang popular dekat bazar ramadan, apabila anda teringin cuba buat sendiri tak perlu risau sebab resepi ini akan membantu anda dan anda boleh juga berniaga selepas berjaya membuat kuih ini.
5 from 1 vote
Total Time 1 hr 30 mins
Course Side Dish
Cuisine Melayu
Servings 6 orang
Calories 101 kcal

Ingredients
  

Bahan Bekas Tepung Pelita

  • daun pisang keras atau daun pisang kampung
  • kotak mancis dibalut dengan plastik untuk dijadikan acuan

Bahan Bahagian Bawah (Warna Hijau)

  • 6 cawan air daun pandan
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan tepung beras saya guna cap gajah 3
  • sedikit pewarna hijau

Bahan Bahagian Atas (Warna Putih)

  • 6 cawan santan daripada 1 biji kelapa parut putih
  • 1 cawan tepung beras saya guna cap gajah 3
  • 1 sudu teh garam

Instructions
 

  • Kita membuat bekas untuk kuih terlebih dahulu, mula-mula bersihkan daun pisang kemudian gunting segi empat tepat (ingat lebihkan 1cm daripada saiz kotak mancis) selepas itu ambil kotak mancis dan letak di tepat ditengah-tengah daun pisang tersebut.
    resepi tepung pelita
  • seterusnya lipat bahagian tepi dan staplerkan. kemudian buat sebelahnya juga nanti akan dapat bentuk kotak kemudian gunting atas sama rata. sila lihat gambar diatas supaya dapat gambaran
  • kisar daun pandan, kemudian tapiskan untuk mendapatkan airnya. selepas itu masukkan tepung beras, gula, dan pewarna hijau kedalam air daun pandan tadi. kemudian kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul.
    resepi tepung pelita
  • step seterusnya, masak diatas api sederhana kecil sahaja dan sentiasa kacau hingga bancuhan nampak berkilat dan pekat. apabila sudah pekat cepat-cepat masukkan kedalam bekas acuan dari daun pisang tadi. ulangi proses tersebut hingga semua bancuhan habis dan sejukkan.
    resepi tepung pelita
  • sekarang kita buat bahagian atasnya, campurkan 6 cawan santan bersama tepung beras dan sedikit garam, kemudian kacau sebati.
    resepi tepung pelita
  • selepas itu masak diatas api sederhana kecil sahaja dan sentiasa kacau hingga nampak mengkilat dan pekat. apabila sudah nampak pekat cepat-cepat tuangkan ke atas kuih bahagian warna hijau tadi.
  • kemudian sejukkan dalam peti ais, apabila sudah sejuk kuih siap untuk dihidangkan.

Notes

ingat, semasa gunting daun pisang selalu lebihkan 1cm+ daripada saiz kotak mancis supaya mudah semasa buat bekas acuan.
semasa memasak bancuhan mesti sentiasa kacau supaya ianya nanti tidak berketul ketul dan apabila sudah masak mesti cepat-cepat masukkan kedalam acuan.
selain warna hijau anda boleh juga berkreativiti menggunakan warna lain supaya nampak berbeza.
Keyword Kuih Tepung Pelita

saya gementar sebab sudah tak sabar teringin merasakan kuih tepung pelita yang saya buat semalam, saya buka lah tu peti ais dan alhamulillah menjadi.

rasanya manis dan berlemak serta aroma pandan yang sangat harum macam yang dijual di bazar bazar itu. bahagian putih rasanya masin kemudian bercampur bahagian bawah yang manis sesiapa sahaja yang makan pasti tak boleh berhenti.

saya sedikit bernostalgia kala makan kuih ini, ianya memang salah satu antara kuih yang saya gemari sejak kecil, dahulu apabila teringin makan kuih tepung pelita saya beli di kedai kopi atau pekan jelawat.

sekarang banyak resepi tepung pelita yang sudah diubah sesuaikan, ada yang dicampur dengan tepung kwan hoe, tepung jagung dan macam-macam lagi, untuk membuatnya pun ada yang di kukus atau dibuat macam resepi yang kongsikan ini.

anda boleh cari resepinya di laman perkongsian dan pasti mudah menjumpainya.

resepi kuih tepung pelita

selain di Malaysia, kuih ini juga popular di negara jiran kita macam Indonesia dan Singapore. sayangnya kuih ini merupakan jenis kuih yang tidak tahan lama jadi anda mesti cepat-cepat habiskan apabila membuatnya.

secara umum, kuih ini terbuat dari santan dan tepung beras kemudian pada bahagian tengah diisi dengan air gula. selepas itu asasnya mempunyai 2 bahagian atasnya berwarna putih atau lebih dikenali dengan kepala kemudian bahagian bawahnya berwarna hijau.

supaya ianya boleh tahan lama anda boleh simpan dalam peti sejuk selama 2-3 hari dan apabila sudah lebih dari 3 hari biasanya rasanya sudah tidak sedap lagi dan lembik.

itulah resepi tepung pelita yang soohmi kongsikan hari ini dan apabila resepi ini bermanfaat sila berikan star rating dan komen ya.

selamat mencuba dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 12, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda