Resepi Trifle Puding Buah-Buahan Untuk 6 Orang [BEST]

siapa suka puding?

saya percaya hampir semua orang menggemari puding kerana siapa yang boleh menolak dengan kelembutan dan kesegaranya di tekak, lebih-lebih di hidangakan ketika cuaca panas.

resepi trifle puding

di hari yang sangat cerah ini, soohmi teringin berkongsi resepi trifle puding kepada readers semua. kebetulan dah lama saya tak update blog ni dengan entri-entri baru kerana baru-baru ini saya tengah disibukkan dengan projek video.

biasanya, puding kerap dihidangkan untuk juadah berbuka puasa kerana selama 1 hari tak boleh makan dan minum pastilah teringin makan yang segar ketika berbuka.

soohmi sendiri selain membuat puding trifle ketika bulan puasa lepas, juga buat puding buih. apabila anda penggemar puding saya rekomenkan puding buih untuk anda cuba juga.

Cara Membuat Puding Trifle Mudah dan Sedap

apa yang saya suka dari trifle puding?

selain rasanya yang sedap ianya juga nampak cantik dengan pelbagai hiasan yang menggunakan buah-buahan. kalau musim perayaan tiba seperti kenduri atau majlis perkahwinan pastiah anda mudah menjumpai puding ni.

bagi anda yang belum pernah membuat puding trifle sebelumnya, mungkin nampak agak sukar tetapi kalau sudah tahu teknik dan cara membuatnya yang betul.. senang je, bahkan sambil menonton TV dan berbaring pun boleh buat.

resepi trifle puding

resepi puding trifle yang saya kongsikan ini memang sedap dan cantik kerana saya guna strawberry dan buah kiwi sebagai hiasanya. selain guna buah-buahan ada juga puding yang guna oreo sebagai bahan dan hiasanya.

memang puding ini tak sepopular puding kastard tetapi rasanya tak kalah sedap. pasti anda sudah tak sabar untuk merasakan kesedapanya kan?

apabila anda teringin menyimpan resepi dari blog ini tak perlu payah siapkan kertas dan pen’s untuk menyalin resepi kerana anda boleh klik print recipe apabila anda punya printer di rumah atau boleh pakai screenshot selepas klik print recipe.

sila tengok resepinya dibawah…

resepi trifle puding

Resepi Trifle Puding Soohmi

Soohmi Fajria
puding ini selain sedap juga nampak cantik, tak hairan apabila menjadi pilihan orang ramai tak kira tua atau muda. selain itu, supaya menambah kesegaran saya guna strawberry dan buah kiwi sebagai hiasanya.
5 from 1 vote
Total Time 30 mins
Course Dessert
Cuisine American
Servings 6 orang
Calories 87 kcal

Ingredients
  

  • 1 pek kek gulung
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin buah-buahan cocktail
  • 4 sudu tepung kastard
  • 1 kotak serbuk kristal jeli Jenama NONA
  • 7 sudu gula
  • 1 tin air
  • 5 biji buah strawberry untuk hiasan
  • 2 biji buah kiwi untuk hiasan

Instructions
 

  • mula-mula potong kek gulung tetapi jangan terlalu nipis ye kemudian susun didalam bekas.
    resepi triffle puding
  • sementara itu, panaskan susu cair, 1/2 tin air, dan gula didalam periuk kemudian kacau hingga naik buih-buih kecil. selepas itu bancuh tepung kastard dan 1/2 tin air di dalam mangkuk.
    resepi triffle puding
  • step seterusnya, tuangkan bancuhan tepung kastard tadi kedalam campuran susu dan gula yang sudah dipanaskan tadi. kecilkan api dan kacau hingga pekat dan mendidih. apabila sudah pekat tuangkan ke atas kek gulung yang sudah disusun didalam bekas tadi.
    resepi triffle puding
  • ambil buah-buahan cocktail kemudian susun diatas puding mengikut ktrativiti masing-masing.
    resepi trifle puding
  • next kita buat lapisan jeli, masak serbuk kristal jeli bersama air di dalam periuk (untuk airnya ikut sukatan pada bungkus kotak kristal jeli) hingga mendidih. apabila sudah mendidih boleh matikan api dan kacau perlahan untuk menghilangkan buih.
    resepi trifle puding
  • seterusnya, tuangkan keatas lapisan puding di dalam bekas tadi kemudian masukkan dalam peti sejuk hingga ianya beku.
    resepi trifle puding
  • apabila sudah beku, susun buah-buahan yang sudah diptong mengikut selera diatasnya. kemudian simpan lagi dalam peti sejuk semula dan apabila anda nak makan boleh keluarkan. selamat mencuba!

Notes

selain menggunakan strawberry dan buah kiwi anda juga boleh guna buah-buahan lainya mengikut kreativiti masing-masing. 
Keyword Puding Trifle

apa itu trifle puding?

ianya adalah sajian pencuci mulut yang disusun berlapis-lapis dengan pelbagai jenis bahan didalam bekas.

biasanya, lapisan pertama atau paling bawah adalah kek tetapi ada juga yang guna cake. kemudian lapisan kedua guna kastard, lapisan ketiga menggunakan jelly, dan lapisan keempat guna buah-buahan.

sebenarnya, masih ada lapisan paling akhir sekali iaitu menggunakan whipping cream tetapi saya tak letak sebab tak ada. memang betul untuk menggembirakan orang terutamanya keluarga tak memerlukan wang ringgit yang banyak, sebab hanya menyediakan puding triffle yang sedap dan senang ini pun boleh menyenangkan keluarga.

Tips Membuat Puding Trifle Sedap

saya memang belajar membuat trifle puding buah-buahan ini dari video di youtube milik orang asing beberapa tahun lepas, tetapi alhamdulillah sampai sekarang pun masih teringat.

resepi trifle puding

setelah beberapa kali cuba saya sedikit faham macam mana buat trifle yang menjadi dan betul betul sedap dan berikut ini adalah beberapa tips yang saya ambil dari pengalaman saya sendiri ketika buat trifle.

1. pada lapisan pertama atau paling bawah lebih sedap apabila anda menggunakan kek gulung atau swill roll cake yang kurang manis dan lembut kerana sangat sesuai dijadikan lapisan bawah dan cadangan saya guna jenama King’s.

2. apabila anda teringin hasilnya lebih sedap, campurkan bahan mentah tepung kastard, susu cair dan air kemudian kacau hingga sebati dan tidak berketul terlebih dahulu baru kemudian dipanaskan menggunakan api kecil dan sentiasa kacau.

3. selain itu, saya sengaja guna bekas empat segi berbanding bulat kerana lebih mudah lapiskan kek gulung memenuhi ruang. sementara itu, supaya lapisan kastard tidak memasuki ruang kek boleh guna baki kek untuk menutup ruang diantara susunan kek gulung.

4. supaya mendapatkan rasa kek lebih lembab pada lapisan bawah puding sebelum mula menutup dengan lapisan kastard, kek dilembabkan terlebih dahulu guna sedikit air cocktail.

itulah resepi trifle puding mudah dan sedap dengan guna lapisan buah-buahan yang saya kongsikan hari ini, apabila bermanfaat sila share atau berikan rating star kepada resepi ini.

caranya pilih rating star 1 sampai 5 kemudian tulis komen anda untuk memasukkan rating, jumpa lagi di resepi sedap seterusnya dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria June 24, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda