Resepi Waffle Rangup 8 Keping Sedap Hanya 30 Minit [Mudah]

Siapa yang tak tahu Waffle?

rasanya yang sedap dan rangup juga salah satu menu kegemaran anak-anak ini memang sangat popular di Malaysia.

kali ini soohmi teringin berkongsi resepi waffle rangup dan lembut, untuk membuatnya saya guna acuan waffle atau pembakar roti.

resepi waffle rangup

sebenarnya waffle ini mempunyai beberapa versi, ianya ada yang tanpa telur dan tanpa susu tapi rasanya tak selembut dengan yang guna susu dan telur.

biasanya waffle ini dijual sekeping RM3 – RM4, memang mahal kan. bayangkan apabila anda beli untuk 5 ahli keluarga boleh membazir duit nanti.

untuk itu supaya lebih berjimat anda boleh buat sendiri dan bila anda tak tahu macam mana resepinya, anda berada di artikel yang betul kerana saya nak share resepi waffle rangup dan lembut.

Cara Buat Waffle Mudah

waffle ini memang sangat mudah dibuat dan selepas baca resepi saya ini anda pasti boleh buat sendiri, tak perlu lagi membazir duit dengan beli satu biji waffle dengan harga yang agak mahal.

selain itu bahan-bahanya pun sangat mudah didapati seperti tepung gandum, susu, telur, marjerin dan lain-lain.

saya sendiri termasuk orang yang menggemari waffle, dahulu sebelum saya boleh buat waffle sendiri saya sudah try pelbagai resepi waffle yang ada di laman perkongsian facebook dan internet.

resepi waffle rangup

tapi, tak ada yang menepati citarasa kerana ada resepi yang kata empunya lembut tapi ketika saya cuba ianya agak keras dan masak tak sekata.

saya sendiri suka waffle yang mempunyai rasa yang lembut, rangup, dan ianya agak tebal. selepas banyak trial and error yang saya buat alhamdulillah akhirnya saya berjaya membuat waffle yang sesuai dengan citarasa saya.

untuk resepinya sila tengok dibawah.

resepi waffle rangup

Resepi Waffle Rangup

Soohmi Fajria
salah satu menu kegemaran anak-anak, kali ini soohmi buat adunan yang agak banyak kerana nanti boleh simpan dalam peti ais dan bila nak makan bila bila oleh buat. untuk resepinya saya buat dari kawan yang dulu katanya ia pernah berniaga jual waffle tapi sudah saya sedikit ubah sesuaikan.
5 from 1 vote
Total Time 30 mins
Course Breakfast
Cuisine American
Servings 8 keping
Calories 291 kcal

Ingredients
  

Bahan A

  • 8 biji putih telur
  • 4 sudu gula kastor

Bahan B

  • 8 biji kuning telur
  • 2 kotak susu segar atau 1 liter x 2

Bahan Ayak

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonat

Bahan Lain

  • 500 gm marjerin cairkan

Instructions
 

  • campurkan putih telur dan gula kastor kemudian pukul hingga menjadi merigue, selepas itu ketepikan sekejap.
    resepi waffle rangup
  • seterusnya campurkan kuning telur dan susu segar kemudian pukul dengan guna wish hingga rata.
    resepi waffle rangup
  • campurkan bahan A dan bahan B yang sudah di pukul rata tadi kemudian gaul hingga rata. selepas itu masukkan tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat kemudian gaul lagi hingga rata.
    resepi waffle rangup
  • seterusnya masukkan marjerin yang sudah di cairkan tadi ke dalam adunan kemudian kacau hingga ianya rata.
    resepi waffle rangup
  • next kita siapkan acuan, mula-mula panaskan acuan waffle kemudian sapukan dengan sedikit butter selepas itu tuangkan adunan dan masak hingga ianya masak.
    resepi waffle rangup
  • ulangi proses hingga adunan habis atau anda masak separuh sahaja dan separuhnya boleh simpan dalam peti ais. akhir sekali angkat dan bubuh filling mengikut selera masing-masing.

Notes

untuk resepi ini saya memang buat banyak adunan dan apabila anda nak cuba boleh buat separuh adunan dulu
Keyword Waffle

Asal Usul Waffle

waffle memang sedap dan menjadi salah satu antara kudapan popular di Malaysia, biasanya ia dihidangkan untuk menu sarapan selain daripada pancake.

resepi waffle rangup dan lembut

tapi adakah anda tahu darimana waffle berasal?

ternyata hidangan ini berasal dari negara Belgium. tapi ada pula yang berkata ianya berasal dari Perancis.

mungkin anda pernah sedikit mendengar kata “Belgian Waffle”, ianya adalah asal dari semua waffle yang ada di beberapa negara di dunia.

waffle ini juga mempunyai 2 versi iaitu…

  1. Waffle Brussels, ianya mempunyai bentuk empat segi dan ianya agak tebal juga terdapat lubang-lubang. biasanya ianya disediakan dengan topping yang manis.
  2. Waffle Liege, untuk waffle ini ianya dibuat daripada adunan brioche dan ianya mempunyai rasa yang lebih begaram dan likat di dalamnya. waffle ini mempunyai bentuk bulat dan biasanya disediakan bersama potongan gula karamel.

kali pertama ada artikel yang menyebut mengenai Waffle Brussels adalah pada tahun 1874, tapi waffle ini sebenarnya sudah ada lebih lama dari itu.

kata “waffle” kali pertama muncul adalah di dalam sastera brussels pada tahun 1604 kemudian ianya muncul kembali pada kemerdakaan belgium pada tahun 1830.

sampai hari ini pun tak diketahui siapa penciptat waffle yang sebenar. waffle mula popular di seluruh dunia ketika waffle brussels muncul di New York pada tahun 1964 pada peristiwa World Fair.

itulah sedikit maklumat mengenai waffle dan saya harap resepi waffle rangup ini boleh bermanfaat untuk anda.

jumpa lagi nanti dan happy cooking.

One Response

  1. Soohmi Fajria July 14, 2020

Leave a Reply

Pilih Bintang 1 - 5 dan Tulis Komen Anda