kuih ini mengingatkan saya ketika masa-masa kecil dahulu kerana kerap dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga dan untuk resepinya saya guna sukatan cawan supaya sesiapun boleh mengikuti resepi ini dengan mudah.
siapkan bekas kemudian masukkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, dan garam kemudian gaul hingga rata.
selepas itu masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga doh menjadi lembut. tetapi, ingat jangan masukkan banyak air sebab ianya nanti menjadi terlalu lembik dan apabila kurang air terlalu keras.
step seterusnya ambil sedikit adunan dan bentukkan mengikut selera masing-masing. nak bulat ke lonjong ke atau leper ke mengikut suka korang.
panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng kuih yang sudah dibentukkan tadi hingga masak atau kekuningan. selepas itu angkat dan ketepikan sekejap.
next time kita menyediakan gula, campurkan air, gula, dan daun pandan kemudian masak hingga mendidih dan pekat. selepas itu masukkan kuih yang sudah digoreng tadi lepas itu gaul sekejap hingga rata. dah siap 😋
Notes
semasa memasukkan air ke dalam doh mesti sedikit sedikit supaya mengelakkan dia terlalu lembik atau terlalu keras.
supaya mengelakkan meletup semasa digoreng anda boleh cucuk dengan garfu selepas bentuk-bentukkan kuih.
semasa sira gula anda mesti perhatikan betul-betul sebab apabila tersilap teknik boleh tak jadi sira gula tu, caranya pastikan air betul-betul mendidih naik buble-bubble kecil dan berwarna pekat.