resepi ini saya berikan untuk anda yang teringin makan pulut kukus tetapi tak mahu rumit dengan pelbagai bahan kerana saya hanya guna 7 bahan sahaja. selain itu, resepi ini mudah untuk diikuti kerana saya guna sukatan cawan.
masukkan garam kedalam santan pekat kemudian campurkan kedalam beras pulut yang sudah direndam tadi.
selepas itu kukus pulut hingga masak tapi ingat untuk sentisasa kacau ye. apabila sudah masak kacau lagi hingga sebati. kemudian tekan dan mampatkan. selepas itu ketepikan sekejap
next kita buat lapisan atas, masukkan air, gula melaka, dan gula pasir kemudian masak hingga gula larut. kemudian masukkan sedikit garam supaya rasanya balance dengan rasa manis itu.
sementara itu pecahkan telur, kemudian apabila gula sudah sejuk campurkan dengan telur dan kacau hingga ianya sebati.
step seterusnya, tuangkan diatas pulut yang sudah di masak tadi kemudian kukus hingga masak. apabila sudah masak angkat kemudian sejukkan dahulu.
untuk menyediakanya potong mengikut selera dan masukkan kedalam pinggan, dah siap.
Notes
apabila anda tak nak payah boleh guna blender semasa mancampurkan telur dengan gula tadi.
seelum memotong pulut pastikan pulut sudah sejuk.
apabila anda teringin supaya lebih wangi boleh guna daun pandan tetapi saya tak letak sebab tak ada 😅